Individu yang didakwa memukul abang ipar di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Ahad merupakan penyanyi era 80-an dan komposer, Shidee.
Artikel berkaitan: Penyanyi Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Angkara Salah Faham
Artikel berkaitan: Shidee Kemalangan Nak Pergi Surau, Tak Ingat Kena Apa – ‘Sedar-Sedar Saya Dalam Ambulans’
Ditahan reman empat hari
Memetik laporan mStar, lelaki berusia 65 tahun ini telah ditahan polis dan perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Shidee iaitu Fendy.
Menurut Fendy, dia mengetahui Shidee ditahan selepas menghubungi keluarganya namun mereka tidak mahu mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.
Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam.
Bagaimanapun saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis.
Sementara itu, Fendy berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung Shidee ditangkap polis.
Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian sebab ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Biarlah pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu.
Terdahulu, polis telah menahan penyanyi veteran didakwa memukul abang ipar berusia 41 tahun menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan kerana berlaku perselisihan faham.
Difahamkan, kejadian berlaku di rumah ibu mentua suspek dan bukan kali pertama berselisihan faham.
Abang ipar kepada Shidee turut membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada media, penyanyi itu direman empat hari bermula pada Isnin hingga 28 Mac bagi membantu siasatan.
Pada tahun 2010, Shidee pernah terpalit isu kontroversi didakwa perkahwinannya tidak direstui ibu mentua disebabkan jarak usia dengan isteri yang agak jauh.
Untuk rekod, Shidee dan Siti Fairunnisa Aziz mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: mStar