berita

Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Raya Sehingga 3 Bulan Gaji

May 17th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Setiap kali menjelang Hari Raya, pastinya setiap penjawat awam mahupun pekerja di negara ini menunggu untuk menerima bonus ataupun ‘duit raya’ daripada majikan mereka. Semalam, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan seramai 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM450 dan RM225 untuk pesara kerajaan.

Tapi, lain pula bagi penjawat awam Selangor, mereka seakan mendapat ‘durian runtuh’ kerana bakal menerima bonus sehingga tiga bulan gaji dan menerima Insentif Mahabbah Selangor sebanyak RM1000.

Bonus tiga bulan gaji

Menerusi laporan Utusan Online, pembahagian bonus tersebut adalah bergantung kepada indeks petunjuk prestari (KPI) kerja setiap penjawat awam. Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, bayaran yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM33.84 juta itu akan dibuat pada 7 Jun nanti.

Selain bonus, seramai 19,244 penjawat awam negeri dan 739 kakitangan Persekutuan yang berkhidmat di Selangor juga akan menerima menerima RM1000 yang dipanggil Insentif Mahabbah Selangor.

Imam, bilal, nazir juga dapat bonus

Tambahan lagi, Amirudin juga mengumumkan bahawa setiap imam, bilal, siak serta nazir masjid juga akan menerima bantuan khas kewangan.

Sukacita lagi saya mengumumkan suatu bantuan khas kewangan berjumlah RM4.172 juta untuk imam satu dan dua, bilal satu dan dua, siak satu dan dua serta nazir masjid, yang mana setiap mereka menerima RM400 melibatkan 2,053 masjid.

Manakala bagi petugas surau untuk kategori jawatan sama melibatkan 390 surau akan menerima RM300 seorang.

Sumber: Utusan Online

SKIP THIS AD ×