berita

Penjual Aiskrim Gatal Cuba Cabul Remaja Teruk Kena Bantai

October 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang penjual ais krim dikatakan warganegara Pakistan bertindak cuba mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Kejadian dipercayai berlaku di Taman Seri Indah, Kepala Batas apabila suspek memegang bahu mangsa dan bertindak memegang tangan sebelum cubaan mencium.

Cuba mencium mangsa

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara iaitu Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noot melaporkan suspek ditahan orang awam selepas sehari suspek melakukan perbuatan itu, iaitu pada 15 Oktober lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu seorang remaja perempuan bersama anaknya berusia 6 tahun ingin membeli ais krim yang melintasi di hadapan kediaman mereka.

Suspek yang menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa. Ketika mangsa sedang melihat aiskrim di dalam tong ais di atas motosikal, suspek memegang bahu mangsa.

Mangsa yang terkejut mengundur ke belakang. Suspek kemudiannya memberi aiskrim seperti yang diingini adik mangsa dan ketika mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya.

Suspek dipukul hingga berdarah

Mangsa terus berlari masuk ke rumahnya dan menutup pintu pagar dan kejadian tersebut disaksikan jiran. Menerusi sebuah klip video berdurasi 2:33 minit itu menyaksikan seorang lelaki yang dipercayai jiran mangsa bertindak memukul dan menendang suspek sehingga berdarah di bahagian mulut.

Suspek masih berada di hadapan rumah mangsa dengan menunjukkan wang sambil memanggil mangsa supaya datang semula ke arahnya. Bimbang dengan perkara itu, mangsa terus menghubungi ibunya yang ketika itu tiada di rumah.

Hasil semakan, suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Difahamkan, suspek turut akan membuat laporan polis kerana dipukul oleh orang awam.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×