Seperti yang kita tahu, band terkenal dunia dan Britain, Coldplay bakal mengadakan konsertnya di Singapura selama empat hari iaitu pada 23, 24, 26 dan 27 Januari tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Berkemungkinan Ditambah Sehari Lagi
Tambah sehari lagi
Terbaru, siri jelajah Coldplay: Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang bakal diadakan di di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari lagi iaitu pada 30 Januari depan sekaligus menjadikan konsert tersebut berlangsung selama lima.
Menerusi ciapan dimuat naik di Twitter, penambahan hari konsert itu diumumkan penganjur, Live Nation Singapura susulan sambutan luar biasa diberikan para peminat Coldplay.
Pra-jualan untuk konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan kini habis dijual.
Disebabkan permintaan luar biasa, satu tarikh lagi ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 30 Januari depan.
Tiket untuk tarikh baharu akan mula dijual esok pada jam 10 pagi waktu tempatan di ticketmaster.sg.
Difahamkan, lebih 200,000 tiket bagi konsert yang bakal berlangsung selama empat hari habis dibeli dalam masa lima jam.
Terdahulu, tular mengenai laman rasmi penjualan tiket, Live Nation Singapore yang dibuka seawal jam 10 pagi Isnin dilaporkan sesak apabila mencecah lebih sejuta pelayar.
Sekadar info, kali terakhir Coldplay membuat persembahan di Singapura ialah pada tahun 2017 yang lalu yang bertempat di lokasi yang sama selama dua malam.
Sebelum melakukan konsert di Singapura nanti, Coldplay bakal membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November dan seterusnya meneruskan jelajah konsert mereka di Bangkok, Thailand pada Februari 2024.
Pengumuman Live Nation Singapore
The presales for the Coldplay Music Of The Spheres World Tour shows on Jan. 23, 24, 26 & 27 are now sold out! Due to incredible demand, one more date has been added at Singapore National Stadium on Jan. 30. pic.twitter.com/aPdB1NvSOk
— Live Nation SG (@livenationsg) June 19, 2023
Sumber: Twitter