berita

Pensyarah Perubatan Saran Wanita Mengandung, Menyusu Bayi Tangguh Ambil Vaksin Covid-19

February 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Umum mengetahui, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Susulan daripada itu juga, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula 26 Februari (Jumaat) akan dipercepatkan bermula 24 Februari (Rabu) ini.

Artikel berkaitan: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Terbaru, menerusi laporan Bernama, seorang pensyarah perubatan menyarankan agar wanita mengandung serta yang menyusukan anak menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech terlebih dahulu bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Kalau boleh tunggu dahulu

Menurut Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib, buat masa ini masih belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid(mRNA). Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin berkenaan memandangkan ia adalah mRNA. Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu.

Tambah beliau, masyarakat tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin itu. Ujar beliau lagi, selain mRNA, vaksin Pfizer-BioNTech, mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.

Alahan teruk tidak digalakkan ambil vaksin

PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit. Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin itu.

Jelas Niazlin lagi, mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan itu dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.

Pada masa sama, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan itu, termasuk mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah dan pernah melalui kimoterapi.

Sumber: BERNAMA

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×