Di Instagram, penyanyi, Bad Indigo akhirnya membuka mulut dan merungkaikan punca sebenar penceraiannya dengan Ashira Aziz pada bulan Jun yang lalu.
Penting diri sendiri
Menurut Bad, sikap pentingkan diri sendiri iaitu merahsiakan penyakit yang dihidapinya sebelum mendirikan rumah tangga menjadi punca perceraian mereka. Tambah Bad, dia perlu melakukan pendedahan tersebut kerana tidak sanggup melihat bekas isterinya terus menerima kecaman hebat daripada netizen dengan tuduhan tidak berasas.
Selama ini saya diam tetapi sekarang makin teruk dia kena kecam dengan netizen. Perceraian ini bukan salah dia tetapi saya. Saya yang tak jujur dengan dia iaitu tentang penyakit yang saya ada. Apabila sudah bernikah, baru saya tahu betapa teruknya sakit ini. Tidak adil untuk dia selepas saya yang tidak jujur sebab takut hilang dia dan tak mahu pada saya.
Semua itu agak penting diri dan akhirnya kami tetap berpisah juga. Apabila tak jujur sejak mula, kepercayaan akan hilang, itu silap besar saya dan Ashira yang jadi mangsa. Saya minta maaf banyak-banyak kepada semua termasuk Ashira, dia mangsa dalam hal ini.
Ujar Bad lagi, sikap tidak jujur tersebut tercetus kerana perasaan takut kehilangan Ashira, namun akhirnya memakan dirinya semula.
Saya mohon ampun
Masih ramai yang tak puas hati kerana tidak tahu punca perceraian kami sehingga Ashira dikecam teruk oleh netizen. Macam-macam dilemparkan kepadanya seperti menuduhnya meninggalkan suami yang kudung kaki. Jika tak tahu pangkal cerita, jangan menyibuk. jika tiada benda elok, jangan bercakap dan itu semua dosa besar. Anda semua tak takut dosa?
Menerusi video yang dimuat naik juga, Bad dilihat berkali-kali memohon maaf atas sikap penting dirinya dan berharap netizen berhenti mencemuh bekas isterinya.
Saya mohon ampun pada Ashira dan keluarga kerana menyebabkan semua trauma dan kecaman yang diterima. Saya tiada niat untuk semua itu berlaku. Jumpa saya terus jika ada yang tidak puas hati dengan Ashira. Jangan buat kesimpulan dan menghakimi orang lain tanpa usul periksa. Saya tersilap langkah, minta maaf kepada semua orang yang terpaksa melalui semua ini. Kini, saya masih dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah SWT, perbaiki kesilapan dan berdoa agar diberikan kesihatan yang baik.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Bad Indigo