Cacahan tatu menjadi salah satu cara untuk mengekspresi diri selain sebagai tanda kenangan sesuatu perkara. Pelakon antarabangsa Angelina Jolie antara aktres yang mempunyai pelbagai rekaan tatu terbaru di badannya
Tatu tersebut menjadi bualan peminat seluruh dunia kerana dikatakan mempunyai cerita tersendiri dan lebih menyeramkan mempunyai unsur mistik!
Kaedah cacah tatu purba
Seorang individu di Twitter mendedahkan tatu yang dibuat pada Angelina dikenali sebagai sak yant. Sak yant adalah kaedah cacahan tatu purba yang kebiasaannya dilakukan oleh sami Buddha. Teknik ini terkenal di Asia Tenggara seperti di Thailand, Laos dan Cambodia.
Menurut individu itu lagi, dia dilarang bapanya untuk tidak sesekali membuat tatu sedemikian kerana mempunyai kuasa tertentu dan sihir serta berlainan dengan tatu Barat yang bersifat hiasan semata.
Boleh terkena sumpahan
Pengguna Twitter itu juga memerli segelintir Mat Salleh yang sanggup membuat amalan keramat sebegitu atas dasar eksotik tanpa memahami maksud sebenar disebaliknya. Dakwanya lagi, mereka yang membuat sak yant boleh terkena sumpahan!
Ujar individu itu lagi, bapanya pernah bercerita tentang seorang rakannya yang mempunyai sak yant. Mereka mabuk dan bertumbuk lalu si bapa melihat wajah rakannya berubah seolah dirasuk. Rakannya itu seperti ‘dimasuki’ haiwan yang sama ditatukan pada badannya. Malahan, sebahagian telinga bapanya turut digigit sehingga putus.
Ada pantang-larang
Mereka yang mencacah sak yant juga mempunyai pantang-larang yang perlu dipatuhi untuk tidak menghilangkan ‘kuasa’ sak yant. Namun, tidak semua orang peduli untuk mengikuti segala peraturan ditetapkan.
Apa maksud tatu Angelina?
Menurut laman web Sak Yant Chiangmai, tatu pada Angelina boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan maksud tertentu. Hah Teaw yang dicacah pada sebelah kiri ditulis dalam Khom atau bahasa Khmer kuno.
5 baris Hah Teaw mewakili 5 yant atau jampi serapah. Setiap satunya mempunyai maksud serapah tersendiri. Antara yang menarik adalah jampi berkenaan melindungi dari sihir dan mereka yang cuba menyihir.
Hanya difahami pencacah
Bahagian ini pula mempunyai jampi sihir yang dicipta pencacahnya, Ajarn Noo. Segi empat sama mewakili 4 benua dan 4 unsur iaitu tanah, air, angin dan api. Hanya pencacahnya yang mengetahui maksud sebenar tatu istimewa ini kerana dibuat dalam arah yang tidak difahami.
Sumber: Thai Brows, Sak Yant Chiangmai