berita

Penuh Plot Twist, Saspen. Vincenzo Tamat Tayangan Dengan Sempurna Menyaksikan 2 Watak Antagonis Mati

May 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

K-drama siri iaitu Vincenzo baru saja melabuhkan tirai tayangan bagi 20 episod dan drama bergenre dark comedy ini sangat mendapat sambutan luar biasa dari penonton. Drama Vincenzo dibintangi oleh pelakon handal Korea iaitu Song Joong-ki, Jeon Yeo-Been, Taecyeon 2PM dan ramai lagi.

Tidak dinafikan, drama ini trending di laman sosial media setiap kali pada hari tayangan kerana disebabkan jalan cerita yang tidak cliche. Lebih menarik perhatian ramai lagi di episod terakhir drama ini yang rata-rata berpuas hati dengan kesudahan yang dilakukan Vincenzo terhadap Pengerusi Syarikat Babel Group iaitu Jang Jun-woo dan peguam Choi Myung-hee.

Kisah peguam mafia Itali

K-drama ini mengisahkan mengenai seorang peguam mafia Itali iaitu Vincenzo Cassano yang datang ke Korea Selatan kerana pengkhianatan organisasi dan menghancurkan kejahatan dengan cara penjahat. Malah, dia dan peguam Hong Cha-young bekerjasama dalam menghancurkan syarikat Babel yang dipercayai telah menyebabkan kematian ke atas beberapa pekerja dan didakwa berlaku penyelewengan beberapa projek di negara itu.

Lebih menarik perhatian apabila penduduk di Plaza Geumga-dong mengetahui terdapat emas yang tersembunyi di bangunan tersebut. Drama ini memperlihatkan unsur komedi dalam kalangan penduduk di Plaza Geumga-dong di mana masing-masing berusaha mencari emas berkenaan secara senyap tanpa diketahui oleh penduduk yang lain.

Banyak plot twist

Drama yang penuh dengan ‘kejutan’ dan plot twist ini menjadi salah satu faktor membuatkan ramai penonton mengikuti perkembangan naratif Vincenzo. Ramai tidak sangka watak Jang Jun-woo lakonan Taecyeon yang dahulunya merupakan pelajar intern sebenarnya adalah Pengerusi sebenar syarikat Babel di mana akhirnya bekerjasama dengan Wusung untuk memanipulasikan helahnya.

Bukan itu saja, Vincenzo juga pernah beberapa kali berdepan dengan saat genting apabila dia hampir dibunuh dengan beberapa orang pembunuh upahan termasuk dari Itali. Namun, ada saja yang membantunya termasuk ketika babak di atas bangunan Plaza Geumga-dong dimana tiga pembunuh upahan Itali hampir membunuh Vincenzo tetapi diselamatkan oleh puluhan ekor burung merpati yang diketuai oleh Inzaghi.

Selain itu, Vincenzo turut bekerjasama dengan adik kepada Jang Jun-woo iaitu Jang Han-seo untuk menjatuhkan pasukan polis antarabangsa (Interpol) dari Itali ketika di gelanggang ice-hockey. Mungkin ketika babak tersebut ramai penonton sangkakan Vincenzo akan berjaya ditangkap oleh Interpol dan dibawa pulang ke Itali buat selamanya setelah ditembak oleh Han-seo. Namun, segalanya berubah apabila ‘tembakan’ tersebut adalah sudah dirancang oleh Vincenzo dan Han-seo sebelum Interpol datang ke lokasi kejadian.

Dua watak yang dibenci

Menggalas watak antagonis sememangnya sukar dan pastinya akan dibenci ramai penonton. Lakonan watak antagonis yang di bawa oleh Taecyeon dan Kim Yeo-jin sangat menjadi. Pelbagai rancangan jahat yang telah dirancang oleh mereka berdua untuk membalas dendam dan menghapuskan Vincenzo dianggap gagal.

Akhirnya, kedua-dua watak ini dibunuh oleh Vincenzo pada episod 20 dengan sangat kejam dan terseksa sebelum mati. Peguam Choi Myung-hee telah ditangkap oleh Vincenzo ketika dia pulang ke rumahnya untuk mengambil passport, berancang untuk keluar dari Korea. Malangnya, Vincenzo sudah menunggunya di rumah peguam tersebut sebelum membawa di ke sebuah lokasi terbiar yang tidak diketahui dan membakar peguam Choi hidup-hidup.

Manakala, Pengerusi Jun-woo yang cuba melarikan diri ke luar negara juga telah ditangkap oleh Vincenzo dengan bantuan empat penduduk Plaza Geumga-dong di sebuah pelabuhan. Jun-woo juga dibunuh secara perlahan-lahan, diikat di atas sebuah kerusi dengan menggunakan sebuah mesin gerusi yang menikam ke bahagian paru-parunya.

Malah, kedua-dua watak ini juga pernah bersepakat membunuh ibu kepada Vincenzo ketika di hospital. Insiden tersebut telah membangkitkan kemarahan Vincenzo untuk membalas dendam dan mencari pembunuh upahan tersebut.

Trailer Vincenzo

Sumber: Netflix

SKIP THIS AD ×