Lagu Nirmala yang dipopularkan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza lebih 20 tahun dahulu kini menjadi ‘trending’ di platform TikTok.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui apakah maksud sebenar lirik lagu tersebut.
Artikel Berkaitan: Lagu Malam Masih Muda Didakwa Ada Unsur Lucah & Maksiat – ‘Bagaimana Muslim Boleh Terlibat Hasilkan Lagu Sejijik Ini?’
Artikel Berkaitan: M Nasir Enggan Ulas Isu Lirik Lagu ‘Nur Nilam Sari’ Ditukar Kepada ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’
Ilham dari kisah nabi
Memetik laporan Harian Metro, penulis lirik lagu berkenaan iaitu Che Kem menjelaskan bahawa lagu Nirmala diinspirasikan dari kisah Nabi Muhammad SAW bersama isterinya Aisyah.
Ada yang tahu mengenai lirik lagu ini, tahulah. Yang tak tahu pula, ambil sebagai hiburan. Lagu ini juga digunakan dalam program Dangdut Asia dan ia ditarikan dalam konsert dangdut semata-mata.
Ini kerana dalam lirik itu saya tak menulis sepatah pun mengenai Rasulullah, tapi ilham liriknya memang dari kisah Rasulullah dan Aisyah.
Maknanya ia boleh ditafsir dalam cerita yang berbeza mengikut latar pengetahuan yang berbeza.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Kamrulzaman Taib ini berkata rata-rata pendengar tidak memahami makna tersirat lagu tersebut dan hanya mendengar sekadar untuk berhibur.
Ia tiada maksud dan sekadar lagu saja. Tapi sebagai individu yang menghormati lagu itu, menghormati falsafah kisah di sebalik lagu itu, mereka takkan buat perkara yang sepatutnya mereka hormati.
Kisah ini adalah satu penghormatan terhadap Aisyah dan jika ada kefahaman mengenai liriknya, mereka tak buat perkara ini. Mereka buat sekadar untuk ‘trending’ dan hiburan.
Mengulas lanjut, Che Kem menafikan lagu berkenaan adalah berkisarkan tentang Siti Nurhaliza yang berdepan dengan situasi buruk ketika itu tetapi sekadar mengambil pengajaran selain mengaitkan dengan kisah nabi.
Ketika itu Siti berdepan isu fitnah dan surat layang yang bertebaran di internet. Namun, sebenarnya saya bukanlah buat lirik dari kehidupan Siti.
Cuma dari peristiwa itu, ia buka fikiran saya untuk cari pengajaran dari isu yang terjadi kepada beliau. Saya belek surah-surah kisah Nabi dan jumpa kisah dalam surah an-Nur.
Aisyah difitnah berzina sehingga menjejaskan reputasi Nabi Muhammad SAW dan Islam serta nama Aisyah sendiri sebagai isteri.
Terdahulu, tindakan sesetengah individu termasuk segelintir selebriti tempatan yang didakwa mempersendakan lagu tersebut sambil menari telah dikritik kerana dilihat tidak sesuai dengan maksud lirik.
Untuk info, lagu Nirmala antara lagu yang terkandung di dalam album Sanggar Mustika dan diciptakan oleh Allahyarham Pak Ngah pada tahun 2002.
Nirmala bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat Malaysia, tetapi turut terkenal di negera-negara seberang.
Sumber: Harian Metro