berita

Penumpang Bergurau Sebut ‘Bom’ – Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Insiden Ancaman Bom Pesawat Pagi Tadi

August 3rd, 2016 | by Ai
Kini Trending

bom1.1

Isu bom dalam pesawat ni bukan perkara main-main. Lagi pulak sekarang ni banyak isu pengeboman oleh ISIS dan pengganas yang lain, bukan sembarangan kita boleh berjenaka soal bom ni. Pagi tadi, berlaku insiden ancaman bom dalam pesawat AK423 milik syarikat Air Asia penerbangan dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh.

Menurut portal Astro Awani, pesawat berkenaan sepatutnya berlepas jam 7.45 pagi. Difahamkan semua penumpang diarahkan meninggalkan pesawat buat sementara waktu. Kami share pulak pengalaman sebenar lelaki ini yang kebetulan menaiki pesawat yang sama. Jom baca!

Awalnya seperti penerbangan biasa

bom2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berita yang baru dikhabarkan penerbangan pesawat Air Asia AK423 ditangguhkan kerana ada penumpang yang membuat ancaman bom di dalam pesawat tersebut. Pengalaman penulis bersama rakan ke Banda Aceh atas urusan bisnes dan menggunakan pesawat Air Asia di KLIA2. Pada awal pagi seperti biasa dan waktu penerbangan adalah jam 745 pagi. Pemeriksaan di gate adalah seperti biasa dan untuk penerbangan AK 423 berada di gate Q11.

Selepas menunaikan solat subuh, seperti biasa gate Q11 dibuka pada jam 6.45 pagi. Kemudian, semua penumpang masuk ke pesawat seperti biasa mengikut urutan. Bilangan penumpang tidak penuh sangat di dalam pesawat, mungkin kerana bukan hujung minggu.

Penumpang bertekak dengan pramugara

bom3

Kemudian, sementara masing-masing ingin bersiap untuk berlepas, ada kedengaran seorang pakcik berumur dalam 60-an sedang bertekak dengan seorang pramugara Air Asia.

“Ini final warning saya encik. encik tak boleh cakap pasal bom dalam pesawat ni”

“Ini bukan flight encik! Bahaya! Saya bagi final warning ni encik”

Namun dilihat pramugara tersebut agak marah dengan pakcik tersebut yang memang melawan cakap.
Kemudian, demo keselamatan dilakukan oleh cabin crew. Pesawat berjalan perlahan-lahan dan seterusnya ke hujung landasan.

Ternampak kenderaan penyelamat

bom4

Semua penumpang masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Cabin crew masih dengan prosedur dengan memberitahu pilot pesawat. Sehinggalah ternampaknya kenderaan-kenderaan penyelamat Malaysian Airport dan pesawat AK 423 yang di hujung landasan serta polis-polis dan pegawai keselamatan

Mereka naik masuk ke dalam pesawat dan mencari pakcik tersebut di seat serta mengarahkannya keluar. Kelihatan semuanya serius dan pegawai-pegawai keselamatan mengambil beg pakcik tersebut untuk diperiksa. Pada jangkaannya sudah selesai, tetapi kami semua penumpang dikehendaki juga turun keluar dari pesawat dan diperiksa beg hand carry dan badan. Semua. Tidak terkecuali. Pemeriksaan details.

Bahaya bergurau dengan menyebut ‘bom’

bom5

Kemudian, semua penumpang di bawa balik dengan bas dan kami dikuarantin di gate Q7. Semua penumpang sudah bertenang dan kami diberikan air mineral. Itulah bahayanya menyebut dengan bergurau mengenai “bom’ di kawasan lapangan terbang. Sudah pasti pakcik tersebut akan ditahan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa.

Flight attendance memberitahu jangkaan pesawat berlepas adalah pada jam 1.30 petang ke Banda Aceh. Semoga semuanya selamat tanpa gangguan.

Sumber: www.asamboi.my

SKIP THIS AD ×