Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menerusi sebuah kenyataan yang dibuat melalui laman Facebook meminta agar penumpang yang menaiki pengangkutan awam MYBAS dari KLIA 2 ke Nilai Sentral untuk segera hubungi Bilik Gerakan Covid-19.
Segera hubungi bilik gerakan
Ditegaskan mana-mana penumpang pengakutan awam yang menaiki MYBAS dengan nombor pendaftaran kenderaan NDH 2259 pada 30 September 2020 diminta untuk segera menghubungi bilik gerakan Covid-19. Kenderaan tersebut telah bertolak dari KLIA 2 platform B10 hingga ke Nilai Sentral.
Waktu pelepasan kenderaan itu adalah pada jam 9.00 malam di KLIA 2 dan tiba di Nilai Sentral jam 10.00 malam. Individu berkenaan perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Seremban atau hubungi talian 06-7634809.
Pecahan kes baharu
Perkembangan kes baharu yang dicatatkan pada 7 Oktober 2020 memperlihatkan penurunan kes dari 691 (6 Oktober 2020) ke 489 kes positif Covid-19. Sabah dan Kedah berada di zon merah dengan mencatatkan kes melepasi tiga angka iaitu 282 dan 153. Manakala, Negeri Sembilan pula hanya 1 kes positif Covid-19 dicatatkan. Jumlah kes baharu itu melibatkan juga dua kes import dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.