berita

Penuntut Jurusan Perubatan Maut Sehari Sebelum Peperiksaan, Terjatuh Dari Tingkat Empat Perpustakaan

November 18th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Seorang penuntut jurusan perubatan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan perpustakaan di salah sebuah universiti swasta di Sungai Petani, Kedah. Berikutan dengan kejadian ini, mangsa yang berusia 19 tahun dari Pulau Pinang dikatakan tidak sempat menduduki peperiksaan yang akan berlangsung pada hari ini (Isnin).

Terdengar bunyi sesuatu terjatuh

Menerusi Harian Metro, kejadian itu disedari oleh penuntut lain selepas mereka terdengar bunyi sesuatu terjatuh dari bangunan tersebut. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, selain kaki kirinya terdapat kesan melecet.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan maklumat, sejam sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 2.30 petang, bapa mangsa dikatakan ada menghubungi anaknya itu memandangkan mereka akan bertemu mangsa untuk menghantar baju serta rantai.

Namun pada 3.30 petang keluarga menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Mangsa merupakan pelajar cemerlang

Susulan itu, Berita Harian turut melaporkan mangsa merupakan pelajar semester pertama yang cemerlang dalam akademik serta tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan pembayaran yuran dan sebagainya.

Siasatan awal mendapati mangsa pelajar semester pertama dan baru empat bulan belajar perubatan di sini, di mana dia sebelum ini juga pelajar foundation (pra universiti) di sini.

Keputusan sebelum ini cemerlang iaitu 3.85. Kita juga sudah semak dengan pihak pentadbiran dari segi yuran dan sebagainya. Namun, pelajar ini tiada apa-apa masalah.

Naik tangga seorang diri

Tambahnya lagi, menurut sumber daripada beberapa pelajar di situ, mereka ada melihat mangsa menaiki tangga seorang diri sebelum kejadian.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan oleh pihak polis untuk mengenal pasti tujuan penuntut ini naik ke tingkat empat bangunan tersebut yang merupakan kawasan penyelenggaraan.

Siasatan dibuat untuk memastikan sama ada penuntut tersebut mengalami tekanan atau sebaliknya memandangkan mangsa akan menduduki peperiksaan pada hari ini (Isnin).

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Berita Harian

SKIP THIS AD ×