berita

Penyanyi Berstatus Datuk Didakwa Sertai ‘Pesta’ Durian Akan Dipanggil Polis

June 27th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tular di media sosial seorang penyanyi berstatus ‘Datuk’ didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Difahamkan, penyanyi tersebut terlibat dalam sebuah majlis sosial yang telah diadakan di sebuah ladang Kampuh Poh, Bidor pada hari Khamis lalu.

Tiada penjarakan sosial

Memetik laporan Sinar Online, susulan foto yang viral di laman Twitter itu, pihak polis akan memanggil penyanyi tersebut untuk diambil keterangan mengenai dakwaan itu. Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail memaklumkan beberapa orang peniaga dan penduduk kampung tersebut juga akan dipanggil untuk siasatan.

Polis mengesan penularan gambar majlis sosial di laman Facebook melibatkan selebriti dan beberapa individu kira-kira jam 2.00 petang hari Sabtu. Dalam penularan gambar tersebut terdapat pelanggaran SOP PKP 3.0 yang mana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

Penduduk kampung juga terlibat

Sebelum ini, difahamkan penyanyi berstatus ‘Datuk’ itu memaklumkan kepada pihak polis di sebuah Sekatan Jalan Raya (SKR) tujuan dia ke Kampung Poh, Bidor adalah untuk membeli makanan ikan kelisa hasil perusahaannya di Bukit Merah, Taiping.

Didalam majlis sosial itu juga, penyanyi tersebut didakwa mengadakan aktiviti makan durian dan sesi berhibur bersama beberapa orang ahli perniagaan dan penduduk kampung.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut terdiri dalam kalangan ahli perniagaan tempatan serta beberapa penduduk kampung selain melakukan aktiviti jamuan serta berkaraoke.

Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sumber: Sinar Online

 

SKIP THIS AD ×