berita

Penyanyi Memori Cinta Luka, Nassier Wahab Sudah Tiada

December 5th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Industri seni sekali lagi kehilangan insan yang sangat bernilai iaitu penyanyi Datuk Nassier Wahab. Beliau dikhabarkan menghembus nafas terakhir pada 12.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

Arwah minta urut tangan dan belakang badan

Berita sayu ini turut disampaikan pembantu peribadinya iaitu Ariff Salim yang memaklumkan penyanyi Memori Cinta Luka itu pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat malam tadi, arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 pagi, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada.

Dia merahsiakan kesakitannya

Sebelum ini, arwah pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada bulan Julai lalu. Tambah pembantu peribadi arwah, ketumbuhan itu mula dikesan selepas dia menjalani prosedur mencabut gigi beberapa tahun lalu. Arwah hanya bergantung kepada pil tahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

Apabila makan ubat, sakit itu akan hilang. Kadang-kadang ambil masa dua hingga tiga hari baru hilang sakitnya. Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya.

Dia ditahan di wad selama 20 hari sebelum dibenarkan keluar. Sebelum ini dia terpaksa makan menggunakan tiub membuatkan berat badannya agak susut.

Sebelum ini Nassier memang merahsiakan kesakitannya. Apabila sakit itu datang, saya terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan dengan memberi alasan jadualnya padat.

Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor untuk urusan pengebumian.

Sumber: Metro, Bh Online

SKIP THIS AD ×