berita

Penyanyi Rap Terkenal Meninggal Dunia Alami Depresi Teruk, Bapa Dakwa Anak Berjuang Lawan ‘Syaitan’

March 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Sun

Bintang YouTube terkenal, Lil Bo Weep dilaporkan meninggal dunia pada usia 22 tahun selepas dipercayai ‘melawan dengan syaitan’ pada hari Sabtu yang lalu.

Penyanyi rap meninggal dunia

Foto: The Sun

Menerusi laporan The Sun, berita sedih ini dikongsi sendiri oleh bapa Winona Brooks (nama sebenar) di media sosial.

Hujung minggu ini kami kehilangan anak perempuan kami selepas bergelut kemurungan, trauma, PTSD (Post-traumatic stress disoder) dan ketagihan dadah selepas dia pulang dari Amerika Syarikat.

Dakwa si bapa lagi, anaknya bertarung bersungguh-sungguh bagi melawan ‘syaitan’ tersebut namun usaha tersebut sama sekali tidak membuahkan hasil.

Sebagai ayahnya, saya sangat bangga dengannya kerana dia adalah hero saya, dan kawan baik saya yang sangat saya sayangi. Dia tidak lagi sakit sekarang.

Sebahagian besar diri saya hilang pada masa ini tetapi saya meminta dengan penuh hormat agar rakan-rakan rapat saya cuba untuk tidak menghubungi saya sehingga waktu yang sesuai.

Mula pada tahun 2015

Foto: distractify

Bercerita lebih lanjut, penyanyi berbakat ini mula menghasilkan muzik di SoundCloud pada tahun 2015. Apa yang lebih membanggakan lagu bertajuk CODEPENDENCY serta No Ok But Its Ok telah distrim lebih 5 juta dan 12 juta kali di Spotify.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LiL BO WEEP ? ? ? (@w1nona_)


Pada minggu yang lalu, penyanyi ini menerusi satu hantaran di Instagram menceritakan dirinya sedang bergelut dengan pengambilan ubat-ubatan bagi melawan CPTSD.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×