Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Busta Rhymes berkongsi detik cemas apabila mengalami kesukaran untuk bernafas ketika melakukan hubungan seks bersama bekas teman wanitanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chrish Hemsworth Tunjuk Aksi Bersenam, Tapi Lain Yang Diperhati Netizen – ‘Inilah Penukul Thor Yang Sebenar’
Jadikan iktibar, turun berat badan
Memetik laporan Metro UK, Busta atau nama sebenarnya Trevor George Smith Jr, 51, memaklumkan bahawa peristiwa yang berlaku itu telah memberikan kesedaran buatnya untuk menurunkan berat badannya yang mencecah 150 kilogram pada ketika itu.
Pada suatu malam, saya sedang bersiap sedia untuk melakukan hubungan intim dengan bekas teman wanita saya. Selepas selesai melakukannya, saya merasakan sukar untuk saya bernafas secara normal.
Saya mengalami kesukaran untuk bernafas, saya berasa seperti mengalami serangan asma tetapi saya bukan penghidap asma.
Jadi saya keluar dari bilik tidur dan pergi ke ruang tamu, dan memaksa diri saya untuk menarik nafas dan berehat. Itu sangat menakutkan saya.
Apabila saya kembali ke bilik, dia menegur keadaan saya dan menasihati saya untuk menurunkan berat badan.
Dalam pada itu, Busta menjelaskan bahawa berat badannya mula naik secara mendadak selepas kematian bapanya pada tahun 2014.
Selepas bapa meninggal dunia, saya sibukkan diri dengan kerja. Saya banyak mengambil minuman keras, merokok dan tidak menjaga pemakanan.
Kini, Busta yang sedang dalam perancangan mengadakan konsert bersama rakan artis, 50 Cents sedang giat berusaha untuk menurunkan berat badannya.
Saya sedang melakukan persiapan untuk konsert tour kami.
Saya melakukan senaman setiap dua hari, melakukan pelbagai aktiviti untuk mengecilkan pinggang, meratakan perut saya serta mendapatkan otot belakang yang lebih kuat.
Sumber: Metro UK