

Penyanyi Rohana Jalil, 68, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira pukul 11.33 malam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Kilafairy Harap Keajaiban Berlaku -‘Saya Tak Akan Biarkan Mama Pergi’
Artikel Berkaitan: Rakan Artis Anjurkan Bacaan Yasin – ‘Tahap Oksigen Rohana Jalil 65%’
Al-fatihah

Berita sedih itu dikongsikan penyanyi Zur Eda di Instagram Stories, sebentar tadi.
Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat Rohana Jalil yang telah menghembuskan nafas pasa 11.33 malam tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Pada Selasa malam, rakan-rakan artis mengambil kesempatan menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat secara atas talian.
Terdahulu, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku dimasukkan hospital tersebut sejak 18 April lalu akibat kebocoran usus.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Abiejam Jelaskan Tujuan Belanja RM12,000 Beli Squishy Untuk Kanak-Kanak – ‘Saya Tahu Ramai Ibu Tidak Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/abiejam-2.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Prince Syed Berpakaian Wanita? Penampilan Cetus Tanda Tanya Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/09/prince-syed-16.jpg)