berita

Penyanyi Terkenal Indonesia, Rina Gunawan Meninggal Dunia

March 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Indonesia iaitu Rina Gunawan dilaporkan meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug. Memetik laporan Kompas.com, punca sebenar kematian penyanyi 90-an itu masih belum disahkan oleh pihak hospital sama ada dia meninggal disebabkan Covid-19 atau penyakit asma yang dialaminya.

Pada awalnya negatif

Menurut suaminya iaitu Teddy Syah, memaklumkan isterinya memang sudah dimasukkan ke ICU sebelum ini, tetapi tidak mengetahui keadaan kesihatan yang terbaru sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ya, dia berada di ICU selama seminggu. Saya belum tahu keadaan terakhirnya sama ada sudah negatif atau masih positif Covid-19. Pada awalnya dia negatif, tetapi selepas dua hari pula keputusan mengatakan dia positif. Hanya doktor pakar yang dapat menjawab situasi dan kematiannya itu.

Kerjaya seni

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Teddy Syah pada 11 April 1999. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqshal Ilham Syafatullah dan Karnisya Rahmasyach. Dia memulakan kerjaya seninya pada tahun 1995 dan telah menghasilkan 10 buah lagu antaranya ialah Kasih, Kau Yang Terakhir dan Merenda Hari Indah.

Selepas itu, dia aktif sebagai penyampai TV serta terbabit dunia perniagaan. Antara program kelolaannya termasuk Campur-Campur dan Ruming.

Dia turut membintangi beberapa sinetron termasuk Erte Erwe: Rumah Tangga Ruwet, Pat Pat Gulipat dan Mat Angin.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×