berita

Pepsi Black Keluar Perisa Baru, Kini Ada Rasa ‘Pedas’ & Vanilla. Korang Dah Rasa?

July 22nd, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Siapa biasa minum Pepsi, mesti tau yang diorang ada perkenalkan variasi Pepsi Black untuk rasa yang lebih ‘bold‘ buat penggemarnya. Untuk pengetahuan korang, variasi Pepsi Black ni tiada kalori dan merupakan pilihan lebih sihat yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baru-baru ni, Pepsi Black keluarkan dua rasa baharu yang bakal memberikan ‘kick‘ untuk setiap tegukan. Kalau dapat sebotol waktu panas-panas macam sekarang ni, fuh lega tekak! Korang dah rasa ke dua perisa baru ni?

Rasa vanilla & halia ‘kick

Haa, dua perisa baru yang admin cakap tadi adalah Pepsi Black Ginger & Vanilla. Kalau korang belum try, korang akan dapat bau vanilla yang kuat selepas membuka penutup botol Pepsi Black Vanilla. Agak-agak korang suka rasa kurang manis, perisa baru ni sesuai untuk korang!

Kredit gambar: goodyfeed.com

Tapi, macam yang korang tau variasi Pepsi Black ni tiada kandungan gula. Jadi, Pepsi Black Vanilla ni hanyalah mempunyai rasa kola berkarbonat yang dicampur rasa manis daripada vanilla. Bukan daripada gula tau! Rasa after taste dia memang sedap!

Satu lagi variasi baru yang diperkenalkan Pepsi Black iaitu Pepsi Black Ginger. Kalau korang biasa minum air halia, tak ada hal untuk korang layan variasi Pepsi Black baru ni. Hirup sikit pun dah bau halia kuat, apatah lagi rasa. Hujung-hujung ada rasa ‘pedas’ sikit!

Kata Pepsi, perisa halia ini dihasilkan selepas beberapa kajian dilakukan terhadap rakyat Malaysia. Apa yang mereka dapati halia merupakan perisa kegemaran korang semua! Maka, terhasillah Pepsi Black Ginger yang menggabungkan rasa kola berkarbonat dengan sedikit ‘kick‘ daripada halia.

Pepsi bagi air percuma dekat stesen MRT Pavilion Bukit Bintang

Ada tak antara korang turun stesen MRT Pavilion Bukit Bintang sekitar April lalu? Kalau korang perasan, Pepsi ada sediakan Interactive Vending Machine dekat pintu masuk untuk pengguna MRT dapatkan air Pepsi Black secara percuma. Tapi ada cara-caranya…

Tengok video ni…


Untungnya diorang! Memandangkan vending machine tu dah tak ada sekarang ni, jangan sedih! Korang masih boleh dapatkan Pepsi Black Ginger & Vanilla dekat kedai berhampiran dan rasai sendiri kehebatan perisa baru Pepsi Black ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru dan promosi terkini dari Pepsifollow Facebook Pepsi Malaysia okay!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×