berita

Peraduan: 6 Tiket Ke David Blaine Real or Magic Asia Tour Live in Malaysia 2014 Untuk Dimenangi!

August 14th, 2014 | by Ai
Hollywood

David-Blaine-Wallpapers-13

Korang ingat lagi tak bulan lepas kami ada mengeluarkan artikel mengenai David Blaine bakal membuat persembahan di Malaysia 5 September ini?

Artikel Berkaitan: David Blaine Tonjol Aksi Silap Mata Berisiko Di Kuala Lumpur September Ini!

Kami dengar, tiket VIP Showcase yang diberi nama David Blaine Real or Magic Asia Tour Live in Malaysia 2014 ini sudahpun habis dijual tau! Wah, pantas betul.

Nampaknya, peminat Blaine di Malaysia betul-betul teruja nak lihat magis apakah yang bakal dibawakan nanti. Jangan hilang sudahlah. Hehe, bergurau je tau!

david-blaine

Korang rasa nak tonton persembahan Blaine, tapi tak ada tiket jangan risau. Kami ada berita baik buat anda semua. Nak tahu apa dia? Bacalah lagi.

Ni nak habaq mai, kami ada 6 tiket percuma nak diberi kepada pembaca setia OHBULAN! Percuma tau, PERCUMA! Haa, ini betul bukan main-main punya.

Tetapi, korang kenalah ikut syarat-syarat yang kami sediakan. Hmm, mudah je, anda semua dikehendaki melengkapkan slogan yang kami beri.

Akan hanya ada tiga pemenang yang bertuah dan setiap pemenang akan mendapat 2 tiket. Bolehlah bawa teman korang sekali. Haa, slogannya berbunyi begini:

Saya nak menang tiket ke #DavidBlaineAsiaTour kerana ……………………………. (tidak melebihi 15 perkataan)

Cepat-cepat! Bila dah lengkapkan slogan tu, hantarkan penyertaan secara emel ke [email protected]. Pastikan subjek emel korang adalah “David Blaine Contest” okay? Peraduan ini dibuka sehingga 28 Ogos 2014.

Jadi tunggu apa lagi? Jom tonton David Blaine Real or Magic Asia Tour Live in Malaysia 2014 bersama kami nanti. Pasti havoc punya.

http://youtu.be/pHKz2bU5dbU

SKIP THIS AD ×