berita

#PerpaduanKita2020 Kongsi Video Anda Dan Menangi Sijil Simpanan Premium Sehingga RM5000

May 14th, 2020 | by Epul
Shout Out!

Media Prima Digital (MPD) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan peraduan Kongsi Video Kreatif Anda yang bertemakan #PerpaduanKita2020. 

Cara penyertaan

Dengan hanya menghantar video kreatif berdurasi 30 saat, anda berpeluang memenangi 9 hadiah utama melebihi RM5000 dan 30 hadiah saguhati dlm bentuk SSP.

Penyertaan ahli Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara amat dialu-alukan.

Peserta hanya perlu follow dan like Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Perpaduan Negara. Kemudian muat naik video dengan tag #PerpaduanKita2020.

Setkan akaun kepada ‘Public’ bagi memudahkan penganjur melihat video yang anda muat naik di laman media sosial. Penyertaan video perlu disertakan dengan lengkap nama, no telefon, akaun media sosial serta pautan karya video (link) ke [email protected]

Video yang dihasilkan perlulah mengandungi mesej yang jelas terutama menerapkan norma baharu penjarakan sosial dan sanitasi dalam kehidupan seharian dengan tidak meninggalkan elemen perpaduan sesama rakyat, memelihara cara hidup yang muafakat, toleransi serta unsur masyarakat yang bersatu-padu.

Konsep gaya susunan video kreativiti, kandungan dan kualiti video serta tatabahasa yang digunakan akan diambil kira bagi penilaian dalam video tersebut. Video yang mempunyai jumlah likes dan perkongsian yang banyak juga akan dijadikan asas penilaian bagi peraduan ini.

Setiap video yang dihasilkan mestilah dari idea asal peserta dan kandungan video tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti kaum, agama dan politik. Imej yang mengandungi elemen seksual, keganasan melampau atau sebarang kelakuan berunsur provokasi juga adalah dilarang sama sekali. 

Peraduan bermula 15 Mei hingga 15 Jun 2020. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta juga boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. 

Semua video penyertaan adalah hak milik Kementerian Perpaduan Negara dan boleh digunakan bagi tujuan promosi.  Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Facebook Kementerian Perpaduan Negara.

PESANAN: Teruskan aktiviti anda dengan penjarakan sosial & sanitasi mengikut standard operating procedure (SOP) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×