berita

Perak Benarkan Solat Jumaat & Aidilfitri Di Masjid, Jemaah Tak Lebih 12 Orang

May 14th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytihar kerajaan pada 18 Mac lalu, tiada sebarang aktiviti masjid boleh dilakukan seperti solat berjemaah dan solat jumaat.

Walau bagaimanapun, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan semula di semua masjid dan surau bermula esok. Menerusi laporan Harian Metro, baginda membuat keputusan selepas mendapat pandangan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Tidak lebih 12 jemaah dalam satu masa

Masjid dan surau bagaimanapun masih tidak dibuka kepada orang awam. Pengerusi jawatankuasa kariah hendaklah mengenal pasti dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan ahli jawatankuasa kariah dan pegawai masjid dan surau.

Individu yang berusia lebih 60 tahun tidak digalakkan hadir berjemaah. Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema, sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari, baginda perkenan untuk solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau pada pagi 1 Syawal. Namun, kebenaran tersebut tertakluk kepada beberapa syarat antaranya bilangan jemaah tidak boleh melebihi 12 orang, termasuk imam dan khatib.

Tambahnya lagi, setiap jemaah yang hadir perlu direkodkan dan harus membuat pemeriksaan suhu badan terlebih dahulu serta menggunakan cecair pembasmi kuman. Jemaah turut digalakkan untuk mengambil wuduk sebelum datang ke masjid atau surau dan membawa sejadah masing-masing.

Tidak melebihi 20 minit

Teks khutbah solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) hendaklah ringkas dan padat dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit.

Penyusunan saf dan kedudukan hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan jemaah hendaklah bersurai serta tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid atau surau selepas selesai urusan solat.

Selain itu, syarat lain bagi melaksanakan solat Jumaat dan sunat Aidilfitri ialah tempoh masa bermula azan sehingga selesa solat adalah tidak melebihi 20 minit. Semua pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan surau diri Jumaat wajib memastikan semua syarat dipatuhi dan kebenaran akan ditarik balik bagi yang gagal mematuhinya. Arahan dan ketetapan ini hendaklah terpakai dan berkuat kuasa serta-merta sehingga pihaknya mengeluarkan arahan baharu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×