berita

‘Perangai Mengalahkan Pondan’ – Anak Zahid Hamidi Selar Individu Cuba Jatuhkan Ayahnya

July 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Datuk Seri Zahid Hamidi telah diumumkan sebagai presiden baru UMNO bagi penggal 2018-2021. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendapat undi tertinggi dengan 93 undi.

Tidak lama selepas kejayaan menyandang jawatan itu, ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan UMNO sudah tergelincir dari landasan asal. Terbaru, anak Zahid, Nurul Hidayah memuatnaik satu pos yang seperti memberi bayangan tentang apa yang berlaku.

Tak suka dabik dada

Nurul menjelaskan, mereka sekeluarga tidak suka berbangga dengan kebaikan yang dilakukan. Antaranya adalah sekolah tahfiz yang dinaungi selain masjid dan surau.

Kami tidak suka mendabik dada akan setiap kebajikan. Namun ini perlu dinyatakan. Kami mempunyai banyak sekolah tahfiz yang dinaungi, masjid-masjid dan surau-surau. Setiap dari tahfiz, masjid n surau ini dibiayai oleh Yayasan keluarga kami.

Ada sekolah di Masjid Tanah yang Ahli Parlimennya keluar parti

Tambahnya lagi, antara sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah yang mempunyai ahli parlimen yang telah keluar parti. Menurut Nurul, semua itu menuntut kos penyelenggaraan tinggi daripada mereka dan turut menerima zakat daripada penderma.

Sebagai contoh, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab yang telah menjadi sekolah yang terbaik di MASJID TANAH Melaka (jika masih ingat Masjid Tanah mempunyai seorang Ahli Parlimen yang telah keluar dari Parti walaupun Masjid Tanah membangun dengan hebat, lebih dari 3 Masjid besar).

Ini semua memerlukan kos maintenance yang tinggi dan ada yang tahu kami menguruskan beberapa perkara ini dan memberi serta ‘akad’ hasil pendapatan sebagai zakat. Ini bukan Tabung Harapan untuk diwar-warkan.

Apa lagi selepas ni?

Nurul juga menyifatkan cubaan menjatuhkan ayahnya itu semakin menjadi-jadi setelah dipilih sebagai orang nombor satu UMNO. Malahan dia turut melabel perbuatan itu ‘mengalahkan pondan’.

Usaha untuk menjatuhkan Abah saya semakin aktif setelah dipilih sebagai Presiden UMNO. Sangat jijik! (tidak keterlaluan saya untuk menyatakan perangai ‘mengalahkan pondan’ tidak terima kenyataan pemimpin kesayangan tidak terpilih. Pondan pun berani tunjuk dia pondan)

Apa lagi selepas ini? Nak robohkan masjid dan tahfiz yang kami telah sumbangkan? Allahuakbar! Semoga balasan setimpal mengiringi kalian.

Sumber: Nurul Zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×