Rata-rata pengguna jalan raya atau lebuh raya mungkin tak tahu jalan yang digunakan oleh mereka setiap hari sebenarnya sedikit senget? Perasan tak?
Jika dipandang melalui mata kasar, memang kita tak perasan kerana peratusan senget itu adalah sangat sedikit dan tidak ketara.
Jalan raya adalah senget
Foto: Nazmi Ismail
Menerusi perkongsian Nazmi Ismail di Facebook, jalan raya senget dikenali sebagai Normal Crown, Remove Adverse Crown dan Full Superelevation.
Jalan raya tersebut dibina sedikit senget adalah bersebab dan bukan sahaja dibina sedemikian. Bagi jalan yang lurus, bentuk rentas jalan dikenali sebagai Normal Crown di mana permukaan tertinggi adalah di tengah jalan dan titik terendah adalah di sisi kiri dan kanan jalan.
Fungsi setiap crown
Gambar sekadar hiasan
Fungsi bagi Normal Crown adalah untuk membiarkan air tersebut mengalir ke tepi jalan supaya tiada takungan air di tengah jalan ketika hujan. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan bahaya pada kenderaan kerana tiada geseran antara tayar dan jalan.
Normal Crown ini secara tidak langsung mengelakkan daripada kawasan tersebut dibanjiri air dan membiarkan air tersebut dapat mengalir seperti biasa.
Gambar sekadar hiasan
Ketika kita melalui selekoh, bentuk keratan rentas jalan akan berubah secara sedikit demi sedikit daripada Normal Crown berubah menjadi Remove Adverse Crown dan akhir sekali Full Superelevation. Fungsi Full Superelevation bertindak ketika memandu di selekoh jalan bagi memastikan kenderaan tersebut dapat dikawal dengan selamat walaupun pada kelajuan yang tinggi.
Hal ini kerana, bila kenderaan melalui selekoh, Centrifugal force akan terhasil dan bertindak sebagai daya yang terhasil untuk menolak kenderaan keluar dari selekoh jalan tersebut. Oleh itu, superelevation diperkenalkan untuk jalan senget di selekoh untuk mengimbangkan daya centrifugal force untuk memastikan kenderaan yang dipandu selamat ketika melalui selekoh tersebut.
Remove Adverse Crown adalah keratan rentas jalan memiliki permukaan yang rata dari sisi kiri ke tengah jalan dan permukaan terendah di sisi kanan jalan.
Manakala, Full Superelevation pula mempunyai permukaan tertinggi pada sisi kiri jalan dan terendah pada sisi kanan jalan yang sekali gus membentuk jalan raya senget. Ia bagi memastikan kenderaan yang melalui selekolah jalan selamat pada kelajuan yang telah ditetapkan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) telah menetapkan kadar peratusan kesengetan superelevation mengikut Arahan Teknik Jalan. Jalan raya yang dibina bengkang bengkok dan perlu turut naik bukit adalah bergantung kepada fizikal muka bumi dan bangunan-bangunan yang sedia ada dan halangan yang terdapat berdekatan jalan raya tersebut.
Sumber: Nazmi Ismail