berita

Perbezaan Budak Zaman Milenial & 90-an. Korang Rasa Macam Mana?

October 19th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kalau kita nak bandingkan remaja zaman dulu dan sekarang, korang rasa yang mana lagi best? Yelah, nampak sangat bezanya kita dengan adik-adik sekarang.

Perbezaan paling ketara yang korang boleh tengok antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah merubah lanskap perhubungan sesuatu mereka.

Haaa.. Ni kami senaraikan sikit perbezaan remaja milenial dan remaja 90-an. Korang setuju tak?

Siapa ingat guna Nokia 3310?

Telefon paling legend Nokia 3310, korang yang lahir tahun 90-an gerenti ingat punya phone ni kan. Zaman ni admin paling suka main game snake. Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat dengan phone. Selain game, dengan telefon ni korang boleh call dan SMS je weyh. Haa.. Lagi satu yang best korang boleh reka nada dering untuk phone ni tau.

Kita panggil telefon baling anjing sebab ketahannya yang tinggi dan baterinya yang tahan lama sampai 48 jam. Smartphone sekarang paling lama 12 jam je bateri tahan pastu  korang kena cas. Betul tak?

Call guna public phone. Korang pernah ke?

Public phone ni dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Yelah, tak semua orang mampu nak beli telefon bimbit zaman ni. Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut kat telefon.

Tu belum lagi gelabah bila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak on call lama. Hmmm.. Remaja milenial rasanya tak sempat rasa sangat pengalaman ni sebab dah semakin ramai mampu beli telefon bimbit. Lepas tu start tahun 2000 public phone dah boleh pakai kad prepaid tak payah susah-susah nak tukar duit syiling.

Siapa pernah guna IRC? Korang memang legend!

Bagi korang yang tak tahu, IRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Mula dikenali pada 1995, IRC ni boleh dikatakan antara pioneer dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara channel yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur.

Tapi lewat 90an pengguna dah mula beralih kepada perhubungan lebih canggih seperti SMS dan chat online, contohnya menerusi messenger dan Skype.  Bila penggunaan telefon pintar pula dah semakin meluas, sistem chat ni dah tak praktikal sebab lebih mudah menggunakan apps yang ada contohnya macam Whatsapp, Wechat, Facebook dan sebagainya.

Facebook & Twitter pengganti perhubungan

Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.

Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ni dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang korang nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat kat banyak tempat even kat kedai mamak pon boleh dapat Wifi free kan?

Selain tu, dah semakin ramai yang mampu melanggan internet secara postpaid dan prepaid, budak sekolah rendah pon dah pakai smartphone sekarang.

Dial up internet connection guna line telefon rumah!

Siapa pernah melalui zaman nak guna internet kena pasang telefon dulu kat rumah. Rasanya remaja zaman sekarang tak sempat nak rasa keterujaan nak tunggu talian bersambung sebelum dapat akses nak guna internet. Kadang-kadang makan masa beberapa minit juga sebelum dapat connect dengan internet ni. Nostalgia habislah.

Sekarang penggunaan dial up internet kat Malaysia ni pon dah ditamatkan tahun lepas, sebab sekarang pengguna lebih mudah menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar. Selain lebih pantas, perkhidmatannya juga lebih laju.  Tapi ni kami nak kongsi dengan korang tentang satu perkhidmatan internet yang confirm buat korang puas hati punya.

TIME tingkatkan kelajuan jalur lebarnya sehingga 1Gpbs. Barulah syok nak layari internet!

Haa.. Korang tau tak, TIME baru sahaja selesai menaik taraf perkhidmatan jalur lebar mereka dengan menggunakan 100 peratus fiber. Kalau korang nak tau penggunaan fiber ni mampu menyalurkan data lebih banyak dengan lebih cepat dan stabil bahkan boleh mencapai Gbps!

Sebab tu sekarang, korang boleh melanggan internet dengan kelajuan sehingga 1Gbps pada harga yang sangat berpatutan dengan perkhidmatan jalur lebar daripada TIME ni tau! Meyh kami share sikit.

Pelan baru TIME, korang boleh menikmati internet pada harga yang berpatutan!

Untuk korang yang masih tak tau nak pilh pelan jalur lebar apa, kami sarankan korang langgan TIME ni, sebab sekarang TIME dah kenalkan tiga pelan terbaru yang sangat berpatutan. Korang boleh pilih kelajuan internet yang korang nak guna setiap bulan.

  • 100Mbps- RM 99/sebulan (online sahaja)
  • 500Mbps- RM139/sebulan
  • 1Gbps- RM 199/sebulan

Selain tu juga, proses langganan untuk TIME ni juga sangat mudah tau dalam masa 2 minit je korang dah boleh melanggan jalur lebar ni, korang hanya perlu ke laman time.com.my dan pilih perkhidmatan jalur lebar yang korang nak. Cepat dan mudah kan?

Yang paling best ialah kalau korang melanggan secara online ni, bil pertama korang akan mendapat potongan sehinggan RM 100 tau! Berbaloi sangat.

Internet pantas kerja lebih mudah! Bertukarlah ke pelan terbaru TIME!

Dalam dunia teknologi ni, apa sahaja yang kita lakukan mesti menggunakan internet kan? Nak bayar bil, nak tonton televisyen bahkan nak main game pon guna internet. Dengan TIME, korang akan dapat merasai kelajuan internet yang pantas dan stabil.  Bukan tu saja kalau korang connect seberapa banyak peranti pon korang tetap dapat nikmati kelajuan internet  pada kadar yang sama tau!

Dengan pelan terbaru daripada TIME ni, kehidupan korang pastinya menjadi lebih mudah. So, korang tunggu apa lagi jom bertukar ke pelan jalur lebar TIME hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan internet yang laju pada kadar yang berpatutan hari ni juga. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang perkhidmatan TIME ni, korang klik je kat sini.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×