Penyanyi, Aisha Retno menyifatkan segala ujian yang menimpa dirinya sebelum ini sebagai sebuah proses kematangan dan pengajaran yang cukup berharga buat dirinya.

Artikel Berkaitan: AJL40 SA: Aisha Retno Akui Agak Penat, Terima Teguran Persembahan Kurang Bertenaga – ‘Terima Kasih Kerana Prihatin’

Artikel Berkaitan: Individu Kondem Stamina Penyanyi, Aisha Retno Tampil Bersuara – ‘Kami Alami Keletihan Vokal, Satu Hari Lima Show’

Percaturan Allah

View on Threads

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, sempat mengenang kembali fasa sukar apabila konsert solo pertamanya, Malam Sutera, yang sepatutnya berlangsung pada November 2024 terpaksa dibatalkan.

Namun, di sebalik kepahitan itu, Aisha kini bangkit dengan kejayaan luar biasa menerusi lagu raya ciptaannya, Jodoh Lebaran, yang tular dan mendapat tempat dalam kalangan ramai.

Percaturan Allah itu indah, perjalanan masih jauh. Masih banyak yang harus dikecapi dan dipelajari.

Kesimpulannya, sentiasalah percaya pada perancangan Allah.

Perkongsian itu menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya tampil memberikan semangat kepada Aisha supaya dia tidak berputus asa untuk bergelar anak seni.

Komen netizen

Sumber: Threads