Ahli kumpulan Blackpink, Lisa percaya dia mungkin tidak mencapai kejayaan yang digapai hari ini sekiranya dia tetap menggunakan nama asalnya, Pranpriya Manobal.
Artikel Berkaitan: Kalahkan Justin Bieber, Blackpink Jadi Artis Nombor 1 Paling Banyak Pengikut Di YouTube
Ikut nasihat peramal nasib
Dedah penyanyi Kpop berketurunan Thailand ini, keputusan untuk menukar nama dibuat selepas dinasihati peramal nasib ketika usianya 13 tahun.
Ketika itu, dia juga mengikuti uji bakat yang diadakan YG Entertainment sebagai pelatih.
Saya menghadiri uji bakat YG, tapi mereka tidak menghubungi saya selepas uji bakat itu. Saya benar-benar mahu jadi artis.
Jadi peramal mengatakan kamu harus menukar nama. Seminggu selepas saya menukar nama, YG menghubungi saya untuk diambil menjadi pelatih. Saya seperti wow.
Lisa adalah satu-satunya peserta uji bakat yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan dilatih selama lima tahun sebelum memulakan debutnya dengan tiga anggota lain iaitu Kim Ji-soo, Jennie Kim dan Roseanne Park.
Rasa pelik ulang sebut nama sendiri
Bercerita mengenai single solo yang dilancarkan pada Jumaat lalu, Lisa mendedahkan salah seorang jurukamera bertanya kepadanya apa maksud Lalisa? Akuinya, rata-rata tidak mengetahui Lalisa adalah namanya kerana menggunakan panggilan Lisa.
Pada mulanya saya rasa agak pelik untuk terus mengulangi nama saya. Bagaimana kedengarannya? Saya sangat menyukainya.
Sangat lucu, beberapa minggu yang lalu, salah seorang jurukamera bertanya kepada saya, apa maksud Lalisa?
Saya seperti..ini namaku. Orang tidak benar-benar tahu bahawa Lalisa adalah nama saya kerana mereka hanya mengenali saya sebagai Lisa Blackpink. Jadi saya sangat gembira kerana saya dapat membuat projek ini dengan tajuk Lalisa.
Sumber: TheStar, Instagram @lalalalisa_m