berita

Percikan Api Kimpalan Didakwa Punca Letupan Ammonia Nitrat, Rupanya Dah 6 Tahun Disimpan

August 6th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Letupan dahsyat yang melanda ibu kota Lubnan telah mengakibatkan 135 nyawa terkorban dan ribuan lagi tercedera. Setakat ini pihak berkuasa tempatan sedang berusaha merawat pesakit tercedera dan mencari mangsa yang masih selamat.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Letupan Setinggi 4.5 Skala Richer, Ribuan Mangsa Cedera

Dilaporkan letupan berlaku berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan di gudang pelabuhan. Terbaru, percikan api daripada kimpalan pintu gudang didakwa menjadi sebab utama tercetusnya letupan.

Bahan letupan dirampas

Menurut Harian Metro, stesen televisyen Lubnan LBCI melaporkan letupan berlaku selepas tercetusnya api daripada aktiviti kimpalan.

Seseorang dikatakan mengimpal lubang kecil pada pintu gudang untuk mengelakkan kejadian curi di situ.

Mejar Jeneral Abbas Ibrahim daripada Direktorat Keselamatan Umum Lebanon mengatakan letupan yang menggegarkan pelabuhan Beirut pada Selasa itu disebabkan oleh bahan yang dirampas. Baja berkenaan dikatakan dirampas sejak 2013 dan disimpan di gudang pelabuhan.

Ketua pelabuhan Beirut mengatakan pihaknya sudah beberapa kali menulis surat kepada badan kehakiman meminta agar bahan tersebut dieksport atau dijual untuk memastikan keselamatan pelabuhan. Mereka sedar akan bahaya bahan tersebut sejak dari hari pertama mahkamah mengarahkan bahan disimpan di gudang pelabuhan tetapi tidak sampai tahap ini.

Tambah LBCI lagi, rumusan kes undang-undang 2015 oleh Beirut, Baroudi & Associates mendapati pada September 2013 sebuah kapal kargo yang dikenali sebagai MV Rhosus telah berdepan dengan masalah teknikal ketika berada di pelabuhan Beirut.

Kapal tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan Rusia yang berlayar dari Georgia ke Mozambique membawa muatan ammonia nitrat pada September 2013.

Dilarang teruskan perjalanan

Ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan melarang kapal tersebut meneruskan perjalanan.

Tidak lama selepas itu, kapal itu dibiarkan tersadai oleh pemiliknya selepas penyewa kehilangan minat terhadap barangan yang dibawa.

Beberapa pemberi kredit tampil namun, usaha menghubungi pemilik dan penyewa untuk mendapatkan bayaran gagal.

Menurut rumusan firma guaman itu lagi, pihaknya ada membawa kes ke mahkamah bagi menggesa pihak berkuasa membenarkan kru kapal pulang ekoran keadaan bahaya muatan kapal.

Berdasarkan risiko yang perlu ditanggung jika ammonium nitrate dibawa menggunakan kapal berkenaan, pihak berkuasa menempatkannya di gudang pelabuhan.

Lapor Harian Metro lagi, laporan itu adalah terbitan The Arrest News pada tahun 2015 menumpukan kepada rangkaian undang-undang maritim Sepanyol yang digelar Ship Arrested.

Sumber : Harian Metro, CNN , Business Insider

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×