berita

Percutian Terakhir Ashraf Sinclair, Sempat Berjumpa Adam & Yuna Di New York

February 18th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kematian pelakon Ashraf Sinclair dipercayai serangan jantung telah mengejutkan ramai orang termasuk rakan artis dan peminat. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 4.15 pagi di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, Ashraf Sinclair bersama isterinya iaitu Bunga Citra Lestari sempat berkunjung ke Amerika Syarikat merupakan percutian terakhir sebelum aktor itu meninggal dunia.

Percutian terakhir di New York

https://www.instagram.com/p/B8anC2jl4rc/

Pada minggu lalu, pasangan ini pergi ke New York untuk bercuti di negara itu. Menerusi Instagram kedua selebriti ini, masing-masing memuatnaik foto bersama sebagai kenangan mereka berada di negara tersebut.

Makan malam bersama

https://www.instagram.com/p/B8ZUwECHZcz/

Lebih menyedihkan lagi, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari sempat menyambut Hari Kekasih dengan mengadakan makan malam bersama. Ashraf dilaporkan pulang ke Indonesia terlebih dahulu bersama beberapa kenalannya dan diikuti Bunga Citra Lestari pada keesokan harinya.

Sempat bertemu adik

https://www.instagram.com/p/B8dAETgD5bD/

Adik lelaki kepada arwah iaitu Adam Yousuf sempat berkongsi foto mereka berdua ketika Ashraf datang ke New York pada minggu lalu. Mereka sempat meluangkan masa bersama di sana demi melepaskan rindu.

Bunga baru selesai tugasan

Bunga Citra Lestari bagaimanapun baru sahaja selesai tugasannya sebagai juri di sebuah program realiti iaitu Indonesian Idol pada malam tadi. Dia terkejut apabila mengetahui kematian suaminya itu pada pagi tadi. Kedua-dua Instagram mereka itu dihujani dengan ucapan salam takziah dari peminat dan kenalan rapat. Sama-sama kita doakan semoga arwah Ashraf Sinclair ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Adamsofunny, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair

SKIP THIS AD ×