Sebelum ini, viral video usahawan, Dato Sri Aliff Syukri berang rumahnya dikutuk oleh pereka dalaman. Susulan video tersebut, pereka dalaman tersebut telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aliff Syukri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Panas Hati Banglo Mewah Disamakan Dengan Kedai Tom Yam – ‘Tunggu Surat Saman Ya’
Mohon maaf
Menurut Filla Ismail, dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri.
Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman rumah Dato’ Sri Aliff Syukri bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta.
Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Dato’ Sri Aliff Syukri atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu.
Tambah Filla, pihaknya juga sudah padam video tersebut dan sentiasa bersedia untuk bertemu dengan usahawan itu secara peribadi untuk bincang tentang isu ini.
Ujar Filla lagi, dia hanya menjadikan kediaman usahawan itu sebagai contoh terdekat perabot yang mahal tidak semestinya nampak mewah jika tak susun dengan cara yang betul.
Sumber: TikTok