Pelakon, Hafidz Roshdi kembali menjadi perbualan netizen apabila namanya dipetik netizen selepas viral dakwaan curang belakang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! foto isterinya sudah tiada di laman Instagram.
Artikel Berkaitan: Pelakon Berimej ‘Alim’ Kantoi Curang, Isteri Jumpa Mesej Lucah Di Telefon
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Peluk Dengan Isteri, Hafidz Roshdi Terkena Fitnah?
Kehadiran orang ketiga
Sebelum ini, Hafidz, 29 menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah tangganya berada dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, ungkapan Hafidz itu seolah-olah tidak ‘sepadan’ apabila isterinya tampil memuat naik kenyataan di Instagram Story mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Menurut Shuhada, dia ingin berterima kasih kepada wanita berkenaan kerana tergamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.
Pada masa yang sama, Shuhada memberitahu wanita berkenaan sanggup datang ke rumahnya tanpa ada perasaan malu. Sebagai isteri, Shuhada mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya menderita. Tambah Shuhada, wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyondol’.
Terdahulu, seorang pelakon lelaki dikhabarkan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita dan terbongkar setelah diketahui isterinya sendiri.
Menjengah di Instagram Hafidz, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komennya.
Sumber: Instagram