berita

‘Pergi Amik Wuduk, Solat Sunat Taubat Sekarang’ – Niat Nak Scam Akhirnya Kantoi Busuk Apabila..

January 15th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Gejala penipuan atas talian atau scam pada hari ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Ada sahaja taktik scammer yang ingin mengaut untung dengan mudah. Malah sebelum ini ada scammer sanggup menyamar sebagai penculik kepada seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

Terbaru, menerusi Facebook Haziq Shahril berkongsi pengalaman dirinya berhadapan dengan scammer yang merupakan seorang remaja. Pada mulanya, remaja tersebut menyuruh Haziq untuk menjual sebuah motosikal Yamaha RXZ. Namun apabila dia mempelawa remaja tersebut untuk berjumpa, pelawaannya ditolak. Di saat itu, identiti sebenar remaja itu terbongkar dan ternyata dia hanya seorang scammer!

Baru 17 tahun pandai menipu

Menurut Haziq, remaja yang berusia 17 tahun itu ingin menipu dalam urusan jual beli di dalam Facebook. Identiti remaja yang baru sahaja menipu itu terbongkar dalam masa 2 jam.

Apa yang melucukan ialah remaja tersebut terpaksa merakam gambar selfie sambil memegang ic serta gayung di kepala bagi menunjukkan dirinya yang sebenar. Selain itu, dia turut dipaksa menyempurnakan solat sunat taubat atas kesalahan menipu orang dalam urusan jual beli. Foto dirinya di atas sejadah setelah selesai menyempurnakan solat sunat taubat turut disertakan.

Minta RM1000 wang pendahuluan

Pada awalnya, remaja tersebut menghantar pesanan melalui Facebook untuk menyuruh Haziq menjualkan sebuah motosikal yang didakwa miliknya. Tetapi apa yang mencurigakan ialah remaja tersebut meminta wang pendahuluan sebanyak RM1000 walaupun motosikal tersebut belum dijual.

Banyak alasan bila ajak jumpa

Selepas Haziq mempelawa remaja tersebut berjumpa kerana kawasan yang didakwa tempat tinggal remaja tersebut hanyalah berdekatan dengannya. Namun, remaja tersebut mengelak untuk bertemu dengan memberi beberapa alasan. Sementara itu, remaja tersebut turut sempat memadam mesej yang dihantarnya.

Akhirnya kantoi identiti

Tidak lama selepas itu, identiti remaja itu telah terbongkar. Gambar dia bersama keluarga turut ditemui Haziq. Hal ini membuat remaja tersebut berada dalam ketakutan. Dia tidak ingin Haziq membesarkan hal yang telah terjadi kepada umum. Namun Haziq membuat satu perjanjian jika tidak mahu ahli keluarganya mengetahui tentang aktiviti yang dilakukannya.

Selfie sambil gayong di kepala

Dia menyuruh remaja tersebut untuk mengambil gambar selfie sambil memegang ic di tangan beserta memakai gayung di kepala. Remaja tersebut tunduk dengan arahan yang diberi dan terus menghantar foto yang dipinta.

Kena paksa solat sunat taubat

Tambah melucukan lagi ialah dia menyuruh remaja tersebut untuk melakukan solat sunat taubat gara-gara melakukan aktiviti penipuan. Dia turut meminta remaja tersebut gambar setelah selesai melakukan solat sunat taubat. Remaja tersebut akur dan menghantar gambar dirinya di atas sejadah selepas menyempurnakan solat sunat taubat.

Sumber: Haziq Shahril

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×