berita

Pergi Bank Dengan Anak, Norman Hakim Disangka Curang & Keluar Dating Bersama Teman Wanita

April 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon senior, Norman Hakim berkongsi momen lucu apabila dituduh berlaku curang selepas dilihat keluar ‘berdating’ bersama anak perempuannya, Marissa Dania, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Ex Dulu Bernasib Baik Sebab Saya Kurang Bercerita’ – Abby Abadi

Artikel berkaitan: Norman Hakim Tak Halang Anak-Anak Ceburi Bidang Seni – ‘Mereka Mampu Bina Nama’

Artikel berkaitan: Anak Masuk Program Realiti TV, Norman Hakim Bagi Pesanan – ‘Jangan Cepat Koyak, Kita Lelaki Kena Kuat’

Bukan gf tetapi anak

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata ketika kejadian dia dan anak perempuanya, Marissa Dania, 18, pergi ke sebuah bank bagi membuka akuan baharu.

Namun, secara tiba-tiba, Norman disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum individu itu memuji personaliti aktor tersebut.

Ada citer kelakar seram.  Siang tadi sebelum masuk pejabat, bawak Marissa buka accaount bank. Bila keluar dari bank, macam biasa saya jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai kereta, ada sorang abang atau pakcik tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan kisah keluarga saya.

Mukaddimah abang ni agak nice, tapi bila dekat tengah-tengah nada dah macam tarbiah sambil mata dia jeling yang pelik kat Dania. Selepas itu, dia cakap ambil iktibar dari kes-kes artis sekarang ini.

Bagaimanapun, ketika perbualan mereka berlangsung, perasaan ayah kepada enam cahaya mata itu mula merasakan sesuatu dan bertindak memaklumkan tujuannya datang ke bank berkenaan adalah untuk urusan membuka akuan anaknya.

Lantas kata Norman, percakapan lelaki berkenaan terus berubah selepas mengetahui Marissa adalah anak dan bukan teman wanitanya.

Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah salah faham .Kemudian saya terus mencelah dan tanya “Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas selesaikan urusan buka bank akaun untuk anak saya ni.

Dia jawab,”oh, anak. Dah besar ye anak. Saya ingat siapa tadi”. Saya tanya balik “abang ingat girlfriend saya ke?” Dia terus gelak besar dan tukar topik raya.

Untuk rekod, Dania merupakan anak daripada hasil perkahwinan terdahulu Norman bersama bekas isteri yang juga penyanyi dan pelakon, Abby Abadi. Mereka berkahwin pada 2002 dan berpisah pada 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 20, Marissa Dania Hakim, 18 dan Danisha Hakim, 15.

Norman kemudianya mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama pelakon, Memey Suhaiza pada September 2011 dan pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8 dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Sumber: Instagram Norman Hakim.

SKIP THIS AD ×