Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini dikatakan pernah memerli Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam satu tweet. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan TMJ dalam satu pos selain menjelaskan tiada nama disebut dalam tweet berkenaan.
Semalam, tweet ucapan selamat ulang tahun Syed Saddiq pun turut menjadi isu hangat apabila TMJ dilihat memberi respon.
Ucapan untuk Tunku Idris
Syed Saddiq pada 2 hari lalu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail yang juga adinda kepada TMJ. Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987 dan merupakan anakanda ketiga baginda bongsu dan putera kedua kepada Paduka Seri Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith.
Menteri muda itu turut mendoakan kesihatan putera dan kerabat diraja berkenaan selain berharap dia terus memberi inspirasi ramai.
Ini respon TMJ
TMJ kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan mengatakan Syed Saddiq boleh berbuat apa saja, namun jangan mengaitkan keluarga mereka dengannya. TMJ juga menyeru menteri itu untuk ‘pergi bodek tempat lain’.
Tweet berkenaan mendapat lebih 2 ribu retweet dan 1.5 ribu likes dari pengguna Twitter.
Doa selalu untuk Tunku dan keluarga
Tidak melatah, ahli parlimen Muar ini membalas kembali tweet TMJ dan menyatakan dia selalu mendoakan kesejahteraan Tunku sekeluarga.
Jawapan Syed Saddiq dipuji
Steady YB!
Sumber: Syed Saddiq