Terbaru kecoh di media sosial mengenai penyingkiran peserta Masterchef UK, Zaleha gara-gara juadah rendang ayam dikritik tidak ranggup oleh juri John Torode. Malah, ramai netizen menghentam juri ini di laman Twitter miliknya.
Artikel berkaitan: Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Ranggup, Rakyat Malaysia & Indonesia Bersatu ‘Lawan’ Juri Masterchef UK
Pagi tadi Chef Adu Amran, salah seorang juri Masterchef Malaysia ditemubual oleh penyampai radio Ajak, Fizie dan Shuk di konti Hot FM. Dia juga sempat menyuarakan pendapat terhadap kenyataan John Torode itu.
‘Itu komen jujur, saya ketawa dulu…’
https://www.instagram.com/p/BhKy0kunJbu/?taken-by=hotfm976
Ketika ditemubual di konti Hot FM, Chef Adu Amran berpendapat komen John Torode itu terlalu jujur dan dia ketawa selepas mendengar komen itu.
Pergilah toilet, google…
https://www.instagram.com/p/BhK0LShnwUU/?taken-by=hotfm976
Malah, Chef Adu Amran menyarankan juri tersebut untuk rendahkan ego. Sebagai seorang juri masakan perlu bijak mencuri masa sebelum rakaman rancangan berkenaan untuk Google dan ambil tahu setiap resepi peserta. Jadi, tidaklah tersalah info untuk mengkritik juadah di luar skop pengetahuan.
Asal usul rendang
https://www.instagram.com/p/BhK1_vnnVqq/?taken-by=hotfm976
Chef Adu Amran berpendapat rendang berasal dari Indonesia dimana negara ini lebih tua kewujudannya berbanding Malaysia. Walaubagaimanapun, Malaysia juga mempunyai rendang dan divarisikan menjadi rendang dengan style keMelayuan.
Credit: Hot FM