Pemergian Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah memberi kesan mendalam buat industri muzik irama tradisional terutamanya. Difahamkan arwah meninggal dunia berpunca akibat kegagalan jantung ketika berada di Batam, Indonesia.
Artikel berkaitan: Pak Ngah Meninggal
Nama Pak Ngah tidak asing lagi dalam dunia muzik tradisional dan dia telah bekerjasama dengan ramai penyanyi tanah air termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza, Mas Idayu, Noraniza Idris dan ramai lagi. Ini adalah ucapan takziah dan perkongsian kisah memori manis artis sepanjang bekerja dengan Pak Ngah.
Mengangkat lagu tradisional tanpa jemu
https://www.instagram.com/p/BoJWXXnlpbW/?taken-by=rozisangdewi
Dia pencetus irama tradisional
https://www.instagram.com/p/BoJkwl8AsRT/?taken-by=noraniza_idris
Dia suka makan masakan saya
https://www.instagram.com/p/BoJSLMcBM-N/?taken-by=masidayu1001
Kita sama-sama berjuang demi tradisi
https://www.instagram.com/p/BoJvLLNHhsX/?taken-by=remyishak
Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar
https://www.instagram.com/p/BoJhsj-Dacd/?taken-by=errafazira
Pemergianmu pada hari lahir
https://www.instagram.com/p/BoKmG4dgnSJ/?taken-by=noraniza_idris
Rindu gurau senda
Sementara itu, Datuk Sri Siti Nurhaliza antara penyanyi yang rapat dengan Allahyarham Pak Ngah kerana sudah banyak kali bekerjasama dan Pak Ngah menghasilkan lagu buat penyanyi itu. Semestinya banyak kenangan manis dan memori sukar untuk dilupakan. Malah, penyanyi lagu Cindai ini mengagumi semangat Pak Ngah yang tidak pernah jemu berjuang dalam muzik tradisional.
Perkara yang paling saya rindui ialah gurau senda dan tawa komposer yang turut mencipta beberapa lagu raya yang sehingga ke hari ini masih diterima ramai seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Anugerah Aidilfitri dan Air Mata Syawal.
Beliau antara insan yang mula-mula menjaga saya dan bekerjasama dalam menghasilkan lagu-lagu tradisional. Saya doakan Allahyarham pergi dalam keadaan husnul khotima.
Turut diakui, pemergian Pak Ngah adalah satu kehilangan besar buat industri muzik tradisional. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Pak Ngah dan semoga rohnya berada bersama-sama orang beriman. Amin.
Sumber: Kosmo