Penularan wabak Covid-19 sampai di tahap yang membimbangkan masyarakat dengan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 553. Jumlah yang semakin hari semakin meningkat naik telah memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman penting secara tergempar.
Perintah kawalan pergerakan
Kerajaan memandang serius perkembangan wabak ini kerana bimbang bakal menjangkiti lebih ramai lagi. Menurut Tan Sri Muhyidin, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perintah ini dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perutusan khas Perdana Menteri
https://www.youtube.com/watch?v=WM3bxAArmv4&feature=youtu.be
Sumber: TV3