Meskipun berdepan pelbagai dugaan pada tahun lalu, penyanyi, Aliff Aziz sentiasa berfikiran positif dan mengharapkan yang terbaik buat dirinya dan keluarga pada tahun ini.
Artikel berkaitan: Aliff Aziz Didakwa Tak Sokong Isteri Dalam Famili Duo, Bella Astillah Enggan Komen – ‘Saya Sibuk & Tak Fikir Apa’
Artikel berkaitan: Gangguan Berlaku Secara Keseluruhan, Bella Astillah & Aliff Terkena ‘Sihir Pemisah’
Terima kasih memori dan kenangan
Alhamdulillahirabbil’alameen. Terima kasih Allah untuk memori dan kenangan buat keluarga saya sepanjang tahun lalu. Banyak pengajaran yang saya pelajari tahun lalu.
Menurut Aliff, dia ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas segala kesilapan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Tambah Aliff, dia berharap tahun baharu ini akan membawa lebih banyak kebaikan kepada dirinya dan keluarga.
Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, dan semoga Allah SWT mengurniakan kita semua dengan kebaikan sepanjang tahun ini. Thank you Allah for 2022.
Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah mendedahkan dia dan suaminya menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita. Menurut Bella, mereka telah mengalami gangguan pelik sejak akhir tahun lalu. Ujar Bella, sepanjang tempoh tersebut, dia dan Aliff melalui fasa yang amat sukar dan mencabar terutamanya bagi urusan keluarga. Walau bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini sangat bersyukur kerana Aliff tidak pernah menolak untuk mendapatkan bantuan perubatan Islam.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Aliff Aziz