berita

‘Perjalanan Cerita Dramanya Tidak Betul’ – MP Kudat Padam Status Dakwaan Veveonah Nak Raih Perhatian

September 8th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin tidak mengambil peperiksaan pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf dan mengakui tidak mendapat maklumat tepat berkenaan isu tersebut.

Artikel berkaitan: Pelajar Ambil Exam Atas Pokok Didakwa Menipu Untuk Raih Perhatian, Ini Cerita Rakan

Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri menerusi satu kenyataan mendakwa pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mendakwa pelajar ini sengaja mencetuskan drama.

Tidak tinggal di Kampung Sepatang

Apabila sesuatu publisiti tidak baik dilakukan terhadap kawasan saya, selaku Ahli Parlimen Kudat yang bertanggungjawab, saya melakukan siasatan.

Hasil pertemuan pegawai saya, Ambang Sobul dengan Ketua Kampung Sepatalang dan Ketua Kampung Bilangau Besar mendapati keluarga pelajar terbabit sudah lama tidak tinggal di Kampung Sepatang, sebaliknya kini menetap di Pekan Pitas yang mempunyai perkhidmatan internet. Bagaimana dia (pelajar) boleh mendakwa tinggal di kampung terbabit?

Pelajar ini sebenarnya sengaja membuat drama, padahal perjalanan cerita dramanya tidak betul dan tidak berasas serta sengaja ingin mendapatkan perhatian dan publisiti.

Memetik laporan Sinar Harian lagi, beliau telah mengarahkan pegawainya melakukan siasatan selepas video tular. Mereka mendapati pelajar itu sudah tidak lagi menetap di Kampung Sepatang sebaliknya tinggal di Pekan Pitas yang mempunyai capaian internet.

Maklumat dari dekan fakulti & pensyarah

Maklumat ini saya dapat daripada dekan fakulti dan seorang pensyarah universiti terbabit. Malah menurut mereka, pelajar yang tidak mendapat akses internet boleh memilih untuk tinggal di kampus atau pergi ke pejabat daerah, sekolah atau bandar yang berhampiran untuk mendapatkan perkhidmatan internet.

Hasil semakan dengan pihak universiti juga, beliau mendapati tiada peperiksaan diadakan pada hari berkenaan sebaliknya hanya kelas biasa yang dijalankan secara atas talian.

Tegasnya lagi, sebagai seorang wakil rakyat beliau tidak putus berusaha meminta kemudahan terbaik disediakan di kawasannya. Ada yang berjaya diperoleh dan ada yang masih menunggu pelaksanaan.

Walau bagaimanapun, posting tersebut sudah dipadam selepas menerima reaksi negatif daripada orang ramai.

Sumber : Sinar Harian , FMT

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×