berita

‘Perjuangan Saya Sentiasa Untuk Rakyat. Terima Kasih’

July 5th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan, semalam. Kelihatan ramai penyokong Datuk Seri Najib membanjiri persekitaran mahkamah bagi memberi sokongan kepadanya. Beliau terharu dengan sokongan rakyat yang sanggup hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah dan kata-kata sokongan di media sosial.

Saya redha dengan dugaan dunia

Datuk Seri Najib berkata rakyat masih memberi sokongan kepadanya dan ini berdasarkan apa yang dilihatnya sepanjang proses pendakwaan semalam. Dia juga terharu dengan sokongan yang diterimanya dan mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa bersama hingga ke hari ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah meninggalkan mahkamah dengan ikat jamin. Sepanjang hampir 24 jam, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.

Sepanjang 42 tahun merentasi karier ini, perjuangan saya sentiasa untuk rakyat dan parti saya. Jika penganiayaan ini adalah harga yang perlu saya bayar demi perjuangan saya untuk rakyat, demi kemakmuran negara, demi kebajikan rakyat, saya sesungguhnya redha dengan dugaan dunia ini.

Mata hati saya, pada ketika melalui dugaan ini, sentiasa pada Allah SWT. Saya akan mendepani dugaan ini dengan cekal dan saya akan membuktikan saya tidak bersalah melalui proses mahkamah yang adil.

Apapun, sepanjang hampir 24 jam ini, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.

Terima kasih atas sokongan

Sokongan dan kata-kata anda ini sangat bermakna buat kami pada ketika kami merentasi dugaan dunia ini. Saya juga berterima kasih kepada pegawai dan anggota SPRM dan pihak keselamatan di atas profesionalisme mereka ketika saya ditahan. Saya telah dilayan dengan baik dan penuh hormat.

Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan yang tak putus putus kepada saya dan keluarga. Sesungguhnya, dengan izin Allah, sebagaimana saya perjuangkan hak rakyat, saya akan perjuangkan keadilan untuk diri saya bagi membuktikan saya tidak bersalah pada pertuduhan pertuduhan ini.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Sementara itu, Datuk Seri Najib juga menegaskan bahawa beliau akan berjuang habis-habisan bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Sumber: Najib Razak

SKIP THIS AD ×