berita

‘Perkahwinan Ini Langsung Tidak Langgar Hukum, Untuk Apa Nak Takut Dengan Cakap Orang’ – Anita Baharom

December 23rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon Anita Baharom menegaskan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga biarkan belum setahun bergelar ibu tunggal adalah tidak salah atau melanggar sebarang hukum.

Artikel Berkaitan: Hampir Setahun Bergelar Ibu Tunggal, Anita Baharom Kahwin Minggu Hadapan?

Artikel Berkaitan: Terima DM Suruh Tunggu Setahun Selepas Pemergian Suami, Anita Baharom Nikah Esok, ‘Mereka Tak Duduk Tempat Saya’

Perkahwinan kedua

Memetik laporan Gempak, Anita memilih untuk menghiraukan ‘cakap-cakap’ orang yang mempersoalkan tindakannya berkahwin cepat selepas kematian suami.

Tegas aktres berumur 39 tahun itu, ikatan perkahwinan yang dibina buat kali kedua itu sama sekali tidak bercanggah dengan hukum agama.

Bagi saya, perkahwinan ini langsung tidak melanggar hukum. Untuk apa nak takut dengan cakap orang. Saya dan suami buat perkara yang sepatutnya dan menghalalkan hubungan kami itu lebih baik.

Kami berdua lebih tahu diri kami macam mana. Malah, kalau ikutkan hukum hakam pun tiada salah. Tiada juga dalil yang kata kalau tak cukup setahun bergelar ibu tunggal itu berdosa untuk bernikah.

Tambah Anita, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dan menerima pendapat daripada ahli keluarga.

Alhamdulillah, segala keputusan diambil bukan daripada saya sendiri, saya minta pendapat ahli keluarga terdekat dan saudara mara juga.

Mereka kata hubungan baik elok dipercepatkan, tak baik tangguh. Itu yang bagus dan lebih afdal.

Dalam pada itu, pelakon drama Dunia Baru ini juga berharap agar perkahwinan yang kedua ini dapat menjadikan dia seorang isteri serta ibu yang terbaik buat keluarga baru.

Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail meninggal dunia ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail,

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×