berita

Perkahwinan Kali Keempat Gagal, Natasha Hudson Sah Bercerai

October 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tidak ada mana-mana pasangan yang mahukan rumah tangga mereka terkandas di tengah jalan. Namun, jika tiada lagi persefahaman, mungkin penceraian adalah langkah terakhir yang perlu diambil bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi dalam rumahtangga.

Terbaru, industri hiburan tanah air sekali lagi digemparkan dengan penceraian membabitkan pelakon Natasha Hudson yang mengesahkan dirinya telah berpisah dengan suaminya Noor Nashiq Sekarnor baru-baru ini.

Cerai talak satu

Menerusi laporan portal mStar, Natasha mengesahkan dirinya telah bercerai talak satu dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pasangan itu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan keempat buat Natasha.

Katanya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan dirinya daripada terus hidup dalam kesengsaraan kerana rumah tangga yang dibinanya itu dikatakan dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental di antara dia dan pasangan.

Ya, saya sudah bercerai talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental.

Perlukan keberanian

Menurut Natasha, dia memerlukan keberanian untuk mengambil tindakan tersebut demi menyelamatkan dirinya daripada terus dibelenggu kemelut itu.

Menyifatkan ia sebagai pengalaman yang paling buruk, pelakon jelita itu berkata dia kini akan mula memberikan fokus kepada dirinya dengan membahagiakan dirinya sendiri pada masa hadapan.

Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan. Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman yang paling buruk.

Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan.

Penceraian kali keempat

Ini merupakan penceraian kali keempat buat Natasha. Pada Oktober tahun lalu, Natasha mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suami, Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sebelum itu, pelakon tersebut juga pernah berkahwin pada 2006 namun hanya bertahan selama empat bulan. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun hanya bertahan selama dua tahun.

Sumber: mStar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×