berita

‘Perkara Dah Lama, Sengaja Dibangkitkan’ – Ramasamy

July 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Mufti Perlis, Dr Maza mendesak Dr Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Dimana Dr Ramasamy pernah menjemput ahli LTTE, Vaiko ke majlis perkahwinan anaknya, tahun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Apakah Ini Sebabnya Beliau Takut Untuk Berdialog?’ – Dr Maza

Mufti Perlis itu juga meminta pihak berkuasa menyiasat Dr Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas lebih 30 negara. Dr Ramasamy juga dibabitkan dengan isu menghalau penceramah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik pulang ke India.

Tuduhan tidak berasas

Dr Ramasamy mendakwa ada beberapa pihak cuba mencemarkan nama baiknya apabila mengaitkannya dengan pengganas LTTE. Dia menyifatkan tuduhan itu tidak berasas selain disifatkan sebagai dangkal dengan tuduhan yang dilemparkan berkaitan isu Dr Zakir Naik.

Ini semua cerita lama sekitar tahun 2005 hingga 2006 ketika saya masih menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika itu saya aktif menjadi konsultan pendamai di banyak negara termasuk Acheh  dan Geneva.

Sama juga di Sri Lanka, saya terlibat dalam proses pendamaian melalui pihak Noway. Mengapa tidak membangkitkan penglibatan saya di negara lain? Mengapa Sri Lanka juga digembar-gemburkan? Ini semua kerja mereka yang tak suka Pakatan Harapan.

Ini semua tak masuk akal

Sementara itu, dia berkata jika mempunyai bukti terhadap tuduhan itu boleh membuat laporan polis dan kemukakan bersama bukti.

Buat laporan polis, beri bukti yang kononnya ada, biar polis siasat. Saya tak ada masalah sebab saya tak salah. Perkara dah lama, sengaja dibangkitkan dan ditokok tambah hanya kerana saya bangkitkan beberapa isu terhadap Zakir Naik. Saya dilabelkan anti Islam dan terlibat dengan pengganas. Ini semua tak masuk akal.

Sumber: Sinar Online

SKIP THIS AD ×