Yeay, tak lama lagi Hari Raya akan menjelang tiba! Mesti banyak persiapan yang dah terlintas dalam fikiran korang kan? Bila fikir balik, excited lah pulak nak sambut raya.
Yela, selain sibuk dengan persiapan, banyak lagi perkara menarik yang kita selalu buat menjelang Hari Raya. Ishh.. tak sabar la pulak!
Apa kata, kita throwback sikit perkara yang best bila tiba Hari Raya. Jom baca!
Ni kan raya kita! Mestilah dikongsi dengan semua.
Siapa kata kat Malaysia ni, Hari Raya hanya disambut oleh kaum tertentu sahaja?
Kita dah kena buang persepsi macam ni, sebab tak kira la kaum Melayu, Cina atau India, kita sama-sama meraikan kemeriahan dan kegembiraan sambutan Hari Raya nanti.
Jadi, sempena #rayakita ni, apa kata kita eratkan lagi hubungan sesama kaum agar dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran di negara kita!
Paling best, ada pelbagai jualan hari raya!
Menjelangnya Hari Raya, banyak persiapan yang nak dibuat, macam baju raya, kuih raya, juadah raya, perhiasan rumah dan banyak lagilah!
Tapi mudah je, sebab kat Malaysia ni, ada banyak bazar raya yang korang boleh singgah dan shopping sampai puas hati. Yang lagi best, harga pun berpatutan dan banyak pilihan!
Segala persiapan pulak disediakan dengan variasi warna, corak dan style yang pelbagai bagi memastikan raya korang gempak! Yela, kalau boleh, tak naklah sama style macam tahun lepas. Tak up-to-date lah!
Lagi syahdu, sambil-sambil shopping, dengar pulak lagu raya, memang layan! Rasa nak sambut raya cepat-cepat!
Tak meriah raya korang tanpa baju raya kan?
Tak kira yang tua atau muda, wanita mahupun kanak-kanak, golongan ni yang paling seronok sambut Hari Raya! Diorang lah yang paling seronok tempah baju raya, beli kasut raya, handbag dan macam-macam lagi lah. Yelah, raya kan setahun sekali, apa salahnya nak berbelanja lebih sikit.
Nak lagi meriah, ada keluarga yang siap tetapkan tema warna. Ada yang lagi semangat tu, siap beli sekayu kain dan pakai design serta warna yang sama. Memang meriah habis raya korang!
Haa..dah pakai sedondon tu, jangan lupa ambil gambar dan abadikan kenangan ni, serta kongsikan di laman sosial korang. Wah, bestnya!
Kemas rumah dan buat kuih raya, memang wajib!
Bila dah dekat nak raya tu, mak korang mesti dah bising-bising suruh kemas rumah, tukar langsir, sarung kusyen, buat kuih raya dan macam-macam lagi.
Inilah masa nak bonding dengan ahli keluarga. Bukan apa, susah tau nak berkumpul cukup satu keluarga. Ni lah waktunya nak jumpa dan luangkan masa bersama.
Detik-detik camnilah yang susah kita nak lupa dalam hidup kita nanti!
Kebahagian dikongsi dengan yang memerlukan!
Sebenarnya, perkara yang paling seronok adalah apabila kita berkongsi kemeriahan dan kesyukuran sambutan hari raya ni bersama mereka yang memerlukan. Barulah terasa nikmat Hari Raya tu!
Oleh itu, apa kata korang kongsikan sedikit dengan menghulurkan bantuan, seperti pakaian baru dan juadah raya untuk dirasai bersama.
Pasti, Hari Raya korang lebih meriah dan bermakna.
Bestnya..dengar lagu raya, tapi kalau karaoke lagi gempak!
Siapa kat sini, suka karaoke? Haa..time raya ni pun mesti, ada yang nyanyi beramai-ramai dengan keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan!
Dah la, ada pelbagai lagu raya yang best! Daripada lagu P Ramlee hingga la artis sekarang. Wah, gempak betul raya korang! Memang happening gila!
Tapi, korang ada tak lagu raya favorite? Haa kalau ada, jangan lepas peluang ni!
Haa..sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, EcoWorld akan mengadakan satu pertandingan ‘nyanyi bersama’. Kali ni bertemakan #rayakita yang akan diadakan bermula pada 29 Mei hingga 24 Jun 2018.
Kepada korang yang kaki karaoke, jangan lepaskan peluang ni, ada pelbagai hadiah menarik menanti korang! Nak tahu macam mana nak join?
Caranya mudah saja!
LANGKAH 1
Rakam video 1-minit anda atau rakan-rakan anda menyanyikan mana-mana lagu Hari Raya. The more creative it is, the better! Serta pastikan ada idea Muhibah dalam video korang tau!
LANGKAH 2
Muat naik video ke akaun Facebook atau Instagram peribadi anda, dan jangan lupa untuk menetapkan profil anda kepada ‘Public’.
LANGKAH 3
Sertakan hashtags #rayakita #ecoworld #rayakitasingalong dalam kapsyen anda semasa memuat naik video anda.
LANGKAH 4
Pergi ke www.ecoworld.my/rayakita untuk menghantar borang pendaftaran anda.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh [klik sini]. Apa lagi, jom sertai ramai-ramai dan pastinya raya korang lebih gempak dengan EcoWorld! #RayaKita #RamadanMubarak #HariRaya2018