berita

‘Perkasakan Pembelajaran Secara Online & Atas Talian’- Cadangan Guru Buat KPM

April 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini Menteri Pendidikan iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin bercadang untuk mengambil langkah pendekatan pembelajaran di televisyen bagi membantu para pelajar menuntut ilmu.

Terbaru, seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh turut berkongsi beberapa cadangan yang pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh lakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini perlu diteruskan.

Hujah yang tidak boleh disangkal

Fuh, berapi komen kat post 5 cadangan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tadi. Beribu komen tak sampai sejam. Best baca komen yang majoritinya berilmiah. Mereka membangkang bawa point dan hujah yang jelas. Antara hujah power yang saya tak boleh sangkal antaranya, kita tidak tahu siapa pembawa COVID-19 kerana pembawa awal tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Mustahil nak jarakkan murid terutama waktu rehat, dalam van/bas sekolah, waktu ke tandas dan bila mereka bergerak. Nyawa lebih penting dari pelajaran. Nyawa hanya 1, hilang yang tu terus tak boleh belajar. (Ini komen paling padu!)

Sebelum ini, guru matematik tersebut telah memuat naik 5 cadangan yang boleh dilakukan pihak kementerian sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa berlanjutan. Namun, sebaik sahaja memuat naik posting tersebut, dia menerima beribu komen yang majoritinya berilmiah dan tidak boleh disangkal.

Antara hujah yang dikemukakan ialah kita tidak tahu siapa pembawa Covid-19 jika mereka tidak menunjukkan apa-apa simptom. Pada masa yang sama, guru tersebut meminta masyarakat untuk berfikir bersama mengenai beberapa hal yang berkaitan dengan sistem pendidikan sekiranya PKP dilanjutkan.

Jom fikir bersama

Hujah tidak bersetuju sekolah diteruskan sehingga sifar kes COVID-19 itu memang padu dan tidak dapat disangkal. Namun masih perlu fikirkan sesuatu yang relevan kerana saranan DG KKM tiada perhimpunan ramai dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Jika menurut saranan tersebut, sekolah sebaik-baiknya ditutup dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Di sini masalah yang perlu kita sama-sama fikir dan pertimbangkan.

Silibus terkini sangat banyak dan padat dan ianya bersifat kesinambungan. Tertinggal tahun ini bermaksud tahun depan akan lebih banyak tertinggal. Murid tahun 1 2021 perlu masuk tahun depan dan murid tahun 6 perlu melangkah ke Tingkatan 1 tahun depan. Tidak boleh tangguhkan mereka kerana sebaik penangguhan berlaku, murid tahun 1 sesi 2021 tidak dapat masuk ke sekolah kerana ketiadaan kelas. Dan sebaik tangguh sekali, selama masa murid akan ke tahun 1 pada usia 8 tahun. Ia menjejaskan seluruh sistem pendidikan.

Cadangan yang boleh dipertimbangkan

Jika perlu sekolah tangguh antara 6 bulan hingga setahun, ini cadangan yang saya fikir boleh dipertimbangkan.

1. Perkasakan pembelajaran secara online dan atas talian. Ibu bapa dan murid masih ramai tidak bersedia atas pelbagai sebab dan kekangan.

2. Pembelajaran melalui Tv Pendidikan. (Sudah dirancang KPM dan akan bermula esok)

3. Aliran perlu bergerak seperti biasa. Mungkin murid/pelajar di tahun peperiksaan sahaja perlu ke sekolah dan belajar. Ia boleh dilaksanakan kerana yang terlibat cuma Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×