Mempunyai misi dan matlamat yang sama, kisah pembunuh bersiri, Leonardo Lake dan Charles Ng pernah menggemparkan dunia sekitar 30 tahun yang lalu.
Kedua-dua mereka telah menculik, menyiksa, memperkosa, merakam dan membunuh seramai 25 orang mangsa termasuk bayi yang tidak berdosa. Kejamnya!
Siapa Leonardo Lake?
Foto: Leonardo Lake
Leonardo Thomas Lake atau lebih dikenali sebagai Leonardo Lake merupakan seorang pembunuh bersiri yang suka menyiksa dan membunuh mangsanya. Dia yang berasal dari Amerika Syarikat, pernah berkahwin dengan seorang gadis sekitar tahun 1975. Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun.
Leonardo juga seorang yang gemar menyimpan foto bogel wanita termasuk foto ahli keluarganya. Foto yang dikumpul itu dijadikan bahan lucahnya. Pada masa yang sama, dia mempunyai tabiat yang pelik iaitu suka membunuh haiwan. Dia juga dipercayai menghidap penyakit skizofrenia kerana sering berhalusinasi.
Siapa pula Charles Ng?
Foto: Charles Ng
Charles Ng Chi-Tat merupakan seorang warganegara Hong Kong, yang menetap di England, United Kingdom. Ketika zaman kanak-kanak, Charles seorang kanak-kanak yang suka memberontak dan pelajar yang malas untuk belajar. Namun begitu, Charles sangat meminati seni mempertahankan diri. Sepanjang zaman persekolahan, Charles sering dibuang sekolah kerana perangainya yang biadap dan suka mencuri.
Semasa berusia 18 tahun, Charles berjaya mendapatkan visa pelajar dan berpindah ke Belmont, California. Dia telah menyambung pelajaran di kolej Notre Dame. Sewaktu di kolej pula, Charles hanya mampu bertahan selama satu semester. Pada masa tersebut, dia telah bertemu dengan rakan jenayahnya iaitu Leornard Lake. Leornard Lake pada ketika itu 15 tahun lebih tua daripadanya. Sejak itu juga, mereka berdua bergiat aktif dalam kancah jenayah.
Melakukan pembunuhan bersama
Foto: Pondok yang merupakan kediaman Leonardo Lake & Charles Ng
Sewaktu pertemuan kali pertama, Leonardo mengetahui Charles mempunyai niat yang sama sepertinya iaitu membunuh orang. Sepanjang tahun 1983 sehingga 1985, mereka telah menculik, menyiksa, memperkosa, merakam dan membunuh seramai 25 orang mangsa termasuk bayi yang tidak berdosa. Lebih agresif, mereka turut merobek puting mangsa, memasukkan benda asing menggunakan power drill ke dalam kemaluan mangsa, memasukkan batang besi ke dalam dubur dan mematahkan jari mangsa menggunakan alat cengkaman.
Kebanyakan mangsa mereka berdua merupakan wanita. Mereka menjadikan kesemua mangsa sebagai hamba dan pemuas nafsu. Kesemua aktiviti terkutuk tersebut di pondok yang didiami. Setelah selesai memperkosa mangsa, Leonardo dan Charles telah membunuh dan membakar mayat mangsa sehingga tiada kesan dan bukti. Sisa mayat pula diletakkan di bawah pondok kediaman mereka.
Penangkapan mereka berdua
Pada bulan Jun 1985, Charles telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri sebuah alat dari sebuah kedai. Pada masa tersebut, Leonardo menjadi penyelamatnya dan membayar semua ganti rugi barang yang dicuri. Pihak polis turut berasa curiga terhadap kedua-dua mereka pada waktu itu.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihak polis telah menemui beberapa buah senjata api di dalam kenderaan mereka. Kedua-dua mereka di bawa ke balai untuk disoal siasat. Pada hari yang sama, pihak polis berjaya merungkap kes pembunuhan keji yang dilakukan oleh mereka berdua. Kesemua mayat berjaya dijumpai.
Keduanya dijatuhkan hukuman mati. Tetapi Lake ditemukan bunuh diri di dalam selnya sebelum menjalani hukuman tersebut. Pada tahun 2006, pemerintah di California telah menghentikan hukuman mati. Oleh itu, hukuman terhadap Charles ditukar kepada penjara seumur hidup.
Interviewing victims footage
Sumber: Dark Documentaries, Rob Gavagan & Kumparan.com