berita

Selalu Perlekeh Orang Tanya Soalan ‘Bodoh’? Ini Teguran Sinis Dari Penyelidik Muda

June 10th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

Tanya soalan1

Tak semua orang dikurniakan pemahaman yang baik, lebih-lebih lagi jenis yang lambat belajar atau lemah daya ingatan. Ada masanya, mesti ada antara kita yang akan bertanya soalan yang dianggap ‘bodoh’. Kalau dalam kelas atau kuliah, confirm kena ‘bambu’ dengan classmate atau kadang-kadang dengan pensyarah atau guru sekalipun.

Haa! Sekali dah terkono, memang sampai sudah takkan bertanya soalan walaupun kita tak tahu sesuatu. Kita rela diamkan aje takpun pura-pura tahu. Tu yang bila jawab exam merapu-rapu, pastu kadangkala rasa macam malas nak teruskan pengajian. Buang masa je. Tapi lain pulak cerita kawan kita ni. Belajar dari Malaysia sampai ke UK (Bukan Ulu Kelang, United Kingdom hokeyyy). Jom baca dan hadam bersama.

Buang sikap

tanya soalan 2

Salah satu budaya dan sikap yang perlu kita (orang Malaysia) buang ialah memperbodohkan/memperlekehkan/memerli orang yang bertanya soalan ‘bodoh’.

Bagi saya sikap ini telah lama wujud dalam sistem hidup kita sendiri even sejak di bangku sekolah lagi. Kita mmpu merasainya melalui pengalaman dalam sistem kita. Contoh situasi- ada seseorang rakan bertanya soalan yang tidak ‘bijak’, maka umumnya akan dilihat sebagai bodoh.

Tanyalah apa sahaja, jangan malu dan takut!

idea-1

Saya berada di dalam sistem ini sejak dari Tadika maka saya tidak menyedari hakikat ini hinggalah saya menyambung belajar dan berada di UK selama lebih kurang lima tahun. Apa yang saya dapati (yang baik) dari sikap orang sana (UK) ialah mereka tidak sesekali memperbodohkan mana-mana soalan yang dianggap ‘bodoh’. Bahkan jika dalam pembelajaran (lecture) sekalipun, pensyarah siap memberitahu: “You can ask any question even if the question sounds like so silly or dumb!” (anda boleh bertanya apa-apa jenis soalan hatta soalah tersebut berbunyi seperti bodoh dan dungu!)

Suasana seperti ini bukan sahaja menggalakkan sesi ingin bertanya bahkan mewujudkan suasana, etika serta sitem pembelajaran yang positif. Jangan terkejut andai kata soalan yang dianggap ‘bodoh’ atau orang diperbodohkan itu jugalah di kemudian hari akan memberi impak kepada hidup anda.

Dalam hidup, kita semuanya ‘bodoh’

freshman1-huffpost-689x459

Fikirlah berkali-kali jika ingin menganggap orang lain ‘bodoh’ kerana bertanya soalan yang seperti ‘bodoh’. Dalam hidup ini, kita semuanya bodoh melainkan dengan ilmu. Seorang yang memiliki PhD hanya bijak dlam bidang diceburinya sedangkan dia ‘bodoh’ dalam bidang yang lain. Yang menjauhkan kita dari situasi ini salah satunya dengan bertanya (hatta soalan berbunyi bodoh).

Maka, janganlah kita pula mematikan pertanyaan-pertanyaan seperti itu. Ironisnya, jika kita mematikannya – maka kita benar-benar memperbodohkan yakni menjadikan orang lain dan kita sebagai bodoh kerana tidak mahu bertanya.

So, secara kesimpulannya kita jangan takut dan malu bertanya sebab hakikatnya kita bukan lahir-lahir dah bijak dalam semua perkara. Kena ubah mentaliti sikit, geng. Tak semua orang dikurniakan pemahaman akal yang tinggi dan sama. So, kalau ada antara kita yang pasti atau tertanya soalan yang difikirkan ‘bodoh’, maka jangan sesekali perli atau sindir. Entah-entah, kita pun sebenarnya nak tanya soalan yang sama tapi malu. Betul tak?

Sumber: FB Amin Rukaini Mustafa

SKIP THIS AD ×