berita

Perlian Disangka Cuba Bodek Kerajaan, Lihat Reply KJ Kepada Lelaki Ini. Savage Abah!

September 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sejak menjadi pembangkang, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat semakin aktif menyuarakan pendapat dan pandangannya mengenai apa sahaja yang dirasakan tidak sepatutnya dilakukan kerajaan baru.

Tidak hanya menerusi temubual media, bekas Menteri Belia dan Sukan ini juga turut aktif membuat kenyataan menerusi laman sosialnya.

‘Puji’ ekonomi Malaysia kukuh dalam 4 bulan

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ dilihat ‘memuji’ satu link Sinar Harian yang melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan ekonomi Malaysia kukuh dan berdaya tahan. Tambah KJ lagi, prestasi ekonomi negara kukuh dan berdaya tahan dalam tempoh 4 bulan pemerintahan Pakatan Harapan manakala 60 tahun sebelum ini ‘jahanam’.

Dituduh cuba ampu

Seorang pengguna Twitter kemudiannya tersalah faham dan menganggap KJ cuba mengampu kerajaan dalam cubaan untuk menyertai parti itu. Ujarnya lagi, masa depan KJ sendiri semakin malap.

Saudara mungkin tak faham sarcasm

KJ kemudiannya membalas kritikan lelaki berkenaan dengan menyifatkan individu itu tidak faham sindiran yang cuba disampaikan. Malahan istilah sebenar yang digunakan iaitu ‘joint’ adalah sebenarnya ‘join’.

Secara berseloroh KJ beranggapan ‘joint’ mungkin menjadi kegemaran lelaki berkenaan. Joint adalah istilah digunakan secara meluas merujuk kepada rokok canabis atau ganja.

This is on you, Mr Presiden

Dalam pada itu, KJ turut mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan keluar dari UMNO semalam. Menurut KJ, dia sebelum ini lantang menyuarakan penggabungan UMNO-Pas, malahan dia turut menerima hentaman dari UMNO sendiri.

Namun kini, UMNO telah kehilangan Mustapa dalam parti itu. Khairy turut menyifatkan tindakan itu disebabkan oleh Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber: Khairy KJ

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×