Tahun Baru Cina bakal menjelang seminggu lagi. Pasti sudah ramai yang merancang cuti disamping keluarga, kan? Namun apa yang lebih menarik ialah, kerajaan bakal membawa turun penyanyi sensasi ‘Oppa Gangnam Style’, Psy dengan kos dipercayai bernilai RM 2 juta ke Pulau Pinang.
Menurut laporan The Star, penyanyi yang berasal dari Korea ini bakal digandingkan bersama penyanyi popular, Shila Amzah, yang akan berlangsung di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional.
Bagi rakyat yang menyambut Tahun Baru Cina, rata-rata semua gembira dan bersetuju dengan keputusan kerajaan yang sanggup memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini.
“Saya amat gembira dengan kehadiran Psy. Ini kali pertama dia turun ke Malaysia.” – Ong Chu Ling, 22.
Saya sudah lama tak balik kampung (Pulau Pinang), namun kali ini saya akan sambut tahun baru dengan Psy.” – Pong Chee Keong, 33.
Berita ini juga memberikan reaksi yang negatif dari para peminat.
“Oh please la, artis Malaysia takde ke?” – Akmall, pengguna Twitter.
Ada juga yang mempersoalkan kenapa Psy yang perlu dibawa.
“Perlu ke nak bawak Psy?” – Que Sera, pengguna Twitter.
Bagi OHBULAN!, usaha kerajaan haruslah dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi kemeriahan rakyat menyambut tahun baru.