Tindakan seorang wanita menikmati hidangan di sebuah restoran sambil memakai wristband kuarantin merah jambu mengundang kritikan ramai. Orang awam mempersoalkan sikap tidak prihatin individu tersebut yang melanggar arahan kuarantin wajib.
Artikel berkaitan: Rileks Je Makan Di Restoran Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini
Terbaru, bekas Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib meluahkan rasa tidak setuju dengan perintah kuarantin di rumah bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.
Bukan setakat denda
Kes-kes macam ni yang buat saya kurang senang dengan keberkesanan perintah kuarantin wajib di rumah sendiri bagi mereka yang pulang dari luar negara.
Mereka yang ingkar kuarantin juga perlu dikenakan penjara mandatori dan bukan hanya dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.
Apatah RM1,000 bagi mereka yang mampu melawat ke luar negara?
Menurutnya, individu yang ingkar arahan kuarantin sepatutnya dikenakan penjara mandatori dan bukanlah setakat denda RM1,000. Beliau berpendapat mereka yang ke luar negara sudah tentu mampu untuk membayar denda tersebut.
Netizen setuju terus ke lokap
Di ruangan komen, netizen bersetuju hukuman lebih berat dikenakan kepada individu ingkar kuarantin. Mereka juga menggesa kerajaan agar menempatkan individu di pusat kuarantin seperti yang dilakukan seperti ini.
Mereka turut mencadangkan pusat kuarantin berdekatan lapangan terbang dibina bagi mengekang penularan wabak.
Sumber : Najib Razak